Para Pengikut..

Wednesday 29 March 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Salam uoollsss..

Lama tak bersiaran kan. Sejak dah jadi mak-mak ni rasa nak sembang pon isu mak-mak jer kan. Pasal anak minum susu apa, diapers apa, makan apa. Apa aktiviti harian anak korang, dah sampai mana perkembangan anak tu. Ewahhh. Mak-mak sangat. Heheh.

Jenama diaper

Korang anak pakai diapers jenama apa ya. Daniel ni dulu pernah pakai brand X tapi sebab Daniel ni kecik so brand tu tak sesuai sangat. Jadi menggelebeh pulak bila pakai. Now bertukar ke brand PetPet. Bukan now la. Haha. Rasanya dah setahun lebih kot setia dengan PetPet ni. Suka sangat sebab tak pernah bocor even Daniel selalu je kencing penuh diapers. Design dia pon kecik je ngam-ngam dengan bontok anak mami yang selim tu. Heee.

Bila mami dengar ada Lazada's Big Baby Fair terus mami terjah app. (Actually memang dah lama install app Lazada kat hp). Lazada's Big Baby Fair ni berlangsung dari 27 Mac sampai 2 April tau. So ada masa lagi untuk korang terjah dapatkan barangan baby dengan diskaun sehingga 85% tau. Barangan baby yang terpenting sekali seperti diapers dan susu ada. So takyah susah-susah nak pergi kedai. Beli jer terus sampai depan pintu rumah kan. 

Ok. Terkejut mami tengok diapers murah sangat kat Lazada ni. Memang selalu kawan-kawan bagitau diorang beli kat Lazada. Kali ni mami memang tak nak lepaskan peluang shopping masa Lazada's Big Baby Fair ni. Berbaloi betul penjimatanya tau.

Susu formula

Skroll lagi mami cari susu formula pulak. Ok dah jumpa. Dumex Dugro pastinya pilihan tepat. Daniel dari dulu memang minum Dugro dan Alhamdulillah tak de masalah sembelit ke apa. Kiranya bila 1st mami perkenalkan susu formula Dugro terus serasi. Setialah sampai sekarang. Dan Dugro pon banyak perisa jugak terutama untuk anak 2 tahun ke atas boleh perkenalkan perisa coklat dan buah-buahan pulak. Dan pastinya kat Lazada pon kita boleh dapatkan jugak susu Dugro.

Lazada ni memang berhantu lamannya kan. Sekarang mami selalu bukak bahagian barangan baby la. Mami suka tengok mainan anak. Rambang mata nak beli mainan untuk anak bujang mami. Lastly mami terpikir kalau dapat Sokano Electronic Backseat Driver ni pon best. Bolehlah tenangkan Daniel masa mami drive. Biar dia ralit main dengan mainan dia. Tengok harga tu korang. MURAHNYAAAAA!!!

 

Cepat mami-mami. Jom terjah  Lazada's Big Baby Fair dari 27 Mac sampai 2 April jer. Jangan ketinggalan untuk dapatkan barangan baby anda dengan diskaun sehingga 85%.

Thursday 9 March 2017

5 tahun sudah 😘

Salam uollss..

Hari ni 9Mac. Masa ni lima tahun yang lalu saya tengah duk nebes tunggu malam ni. Tunggu diijabkabulkan dengan lelaki bernama Zulriduwan. Ceewah. Skema betol.


Alhamdulilah lima tahun berlalu. Orang cakap 5 tahun ni fasa pertama perkahwinan penuh liku-liku kan. Yeah. Semestinya. Malas nak story cini yang penting alhamdulillah syukur sangat dikurniakan seorang suami sebaik dia. Terima kasih allah. Gaduh kecik tu biasalah cuma jangan lah ego sangat. Kalau suami ego kitalah banyak mengalah. Kalau tak sampai bila tak sudah. Nasib baik ai jenis yang cool, penyabar, positif. Haha. Masuk bakul angkat sendiri jap. 

Alhamdulillah jugak dengan kehadiran Daniel makin bertambah melengkapkan keluarga kecik kami. Wei ada jugak yer wish mintak adik Daniel. Senang betul ahkak yer. Ingat boleh uli2 macam buat kek ke. Haha.

Terima kasih semua yang mendoakan kesejahteraan kami. Semoga allah membalasnya buat kalian jugak. Semoga allah panjangkan jodoh perkahwinan kami sampai akhir hayat kami. Aamiin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...