Para Pengikut..

Tuesday 26 December 2017

Daniel Asyraf MZ Turns Two


Salam uollss..

22 Disember 2017 genap anak papa mami dua tahun. Cepatnya awak besar dik. Alhamdulillah ada rezeki lebih skit kita sambut kecil-kecilan. Hari Jumaat mami kerja , so sambut hari Sabtu. Mami masak mee kari. Tahun ni buat kecik-kecik je jemput adik-beradik je. Adik beradik anak sedara pon dah lebih dari 20 orang. Malam Jumaat buat deco-deco sikit. Tu pon malam Jumaat tu baru pegi Mr.DIY cari belon dan ribbon. Haha. Mami bantai je deco asal ada tulisan dah kat belakang. Kahkah.


Lepas masak dan makan lunch tu baru start duk dapur untuk masak mee kari. Nasib baik ada anak sedara dah besor panajng dua orant u tolong kupas bawang semua. So taklah kalut sangat mami sorang. Then kawan mami, bff dari zaman u dulu datang nak jumpa mami dan Daniel. Rindunya Cemak. Tq datang jenguk kitorang.


Haruslah swafoto dulu kan. Hahah. 



Kek tahun ni kek bajet jer. Kiki. Mami tempah ngan kawan mami yang sama mami tempah tahun lepas. Dari tahun lepas papa rekues nak gambar Daniel kat kek. Tapi tahun lepas buh Ejen Ali sebab mami minat. So tahun ni bagi can papa rekues lah.



Untuk kakak Farhana tempah cupcake. Pastu my sis tambah cheese tart. Semua sedap sangat. 


Ngam-ngam mee kari siap masa kawan mami masih ada kat rumah. Sempatlah dia merasa air tangan perahan mami. Semoga ko ingat aku sokmo cemak. Haha.


Tahun lepas Daniel pegi pijak kek. Haha. Tahun ni tengok lilin dia cakap 'api,api'. Eksaited nak pegang api pulak. Sabo jela awak dikkk. Okey dah habis storynya. 

Tempek gambar jela pulak.










Malam tu papa ajak pergi mr.diy lagi. Nak cari hadah Daniel katanya. Pastu masuk Diy tu mami ajak naik ikut lif. Sampai je tingkat 1 terus papa pegang drawer tu pastu cakap kat pekerja tu "Saya nak yang ni eh. Boleh bawak turun bawah tak". Terus pekerja dia heret bawak turun kat cashier. 

Huaaaaa. Setiap tahun adik dapat hadih tapi mami yang terkejut. Tq asben. Dah berapa kali kita rekues nak beli drawer ni senang nak buh baju-baju Daniel. Haha. Tq selalu pilih color kecintaan kita. 


We love u papa =)


Friday 22 December 2017

Selamat ulang tahun kedua Muhammad Daniel Asyraf

(P/s: Dicopy dari entri setahun lepas dan mengalami beberapa siri perubahan =p)

22.Dis.2015. 10.00am

Pada tarikh ni la permata mami dilahirkan.

Betapa sayangnya Allah pada mami dan papa, setelah 3 tahun menanti penuh sabar Allah amanahkan adik untuk kami jaga. Masa adik dalam kandungan sedikitpun tak pernah membebankan mami. Tak pernah mengidam pelik-pelik, tak pernah muntah, morning sickness tak pernah, pening kepala pun jarang sangat. Tapi tiba saat due date adik tiada tanda mahu keluar lagi. 10 hari tiada tanda mami terpaksa serah diri ke hospital.

Dah masuk ubat pun tak kuar-kuar tanda jugak dik. Pagi tu tiba-tiba je mami demam. Suhu naik mendadak. Badan menggeletar. Bila doktor cek jantung adik tak dapat detect. Banyak kali doktor try tak dapat bacaan jugak. Then diorang buat keputusan bawak mami ke labour room. Kalut misi keluar nak bagitahu papa naik level labour room.

Labour room.
Doktor pecahkan air ketuban. Tapi still adik tiada tanda nak keluar. Kalut semua panggil papa mintak persetujuan untuk emegency czer. Terpaksa la nak selamatkan dua-dua kan. Mami pandang papa. Dua-dua senyum pasrah. Tiba-tiba doktor cek tengok adik dah lemas dan tertelan naj**. Cepat-cepat diorang semua kalut tukar baju mami angkat naik katil yang beroda tu nak pegi blok sebelah sebab labour room full. Haha. Part paling kelako bila 2-3 orang misi kalut simpul dan sanggul rambut mami yang panjang mengurai tu masuk dalam serkup kepala tu. Ish sempat lagi diorang gelak-gelak masa ni yer. Misi tu membebel sambil gelak "macamne la awak jaga rambut panjang macam ni tak serabut ke". Haha. Kalau mengandung lagi memang mami kerat la rambut ni tobatt. Ok sambung kisah saspens misi tolak katil beroda tu apa nama dia entah cross jalan  untuk masuk blok sebelah. Masuk kat bilik bedah yang takde orang bedah perut mak nak beranak dalam tu. Tapi sebab LR full terpaksa masuk situ. Masa cross jalan tu siap rintik-rintik hujan jatuh dimuka mami. Masa ni kan musim tengkujuh. langit mendung jer.

Mami tak sedar apa pun dik masa adik dikeluarkan. Sedar-sedar mami buka mata doktor suruh gerakkan jari semua. Takde apa pun dalam kepala mami masa tu. Kosong...

Setel semua mami dibawa ke bed balik. Dengan wayar ditangan, wayar air kencing lagi mami tak boleh gerak ke mana-mana. Mata jer duk kelip-kelip tengok orang sekeliling. Senyum kat ibu depan bed mami yang tengah nyusukan baby dia, tengok sebelah pulak mama tu tengah syok tido peluk baby dia, bed sebelah lagi umi tu tengah dodoikan anak dia yang merengek. Mami je sorang-sorang tanpa adik. Pastu mami sambung tido. Kesan ubat ngantuk dan mamai sangat. Nak pegang fon pun tak daya.

Tengah hari time melawat barulah semua keluarga sebelah mami dan papa masuk. Semua datang peluk-peluk mami nangis-nangis terutama tok ngan tokmi. Eh, kenapa ni. Nampak tak. Mami sihat je ni. Kenapa semua nak nangis. Mami senyum jer. Kuat sangat rasa jiwa masa tu walaupun badan je tak kuat. Kemudian papa masuk bisik kat mami "syg, doktor pegang dulu baby kita, nanti syg sihat sikit kita tengok baby eh". Mami angguk je. Tak tanya apa-apa pun kat papa.

NICU
Esoknya hari yang paling mami nantikan. Bila dah bukak semua wayar mami pun dah gagah skit jalan bolehla tengok adik kat nicu. Papa tolak atas wheelchair. Sayu hati mami tengok ramai kawan-kawan adik penuh wayar dibadan. Sampai bed adik mami tergaman. Berapa kali mami tenung adik pastu tenung papa,tenung adik tenung papa. "Betul ke anak kita ni b, tak salah bed ke ni". Papa senyum je tunjuk tag kat bed 'bo noor hafizah musa' subhanallah dik. Adik comel sangat. Gebu,putih mulus. Tak henti-henti mami senyum. Cuma mami sedih tak dapat dukung adik, peluk adik, df adik. Cuma boleh usap-usap je. Penuh wayar kat badan adik. Doktor kata banyak sangat kuman kat paru-paru adik dan sebab lemas tu terpaksa bernafas guna bantuan mesin. Mesin yang adik guna tu doktor kata paling tinggi kuasanya kat situ . Allah!! Kesian adik. Tapi berapa kali doktor situ cakap adik kuat semangat. Insyaallah boleh sembuh.

Berpantang tanpa baby disisi.
Mami balik rumah tanpa bawak balik adik. Akhirnya mami berpantang dirumah, dengan papa sekali cuti panjang. Cikteh pun ada jaga mami kat rumah. Nasib baik pantang kat rumah, senang nak ulang alik jenguk adik. Bawak stok susu, pampers, bagi semangat kat adik untuk terus kuat. Bacakan zikir kat telinga adik. Selang sehari mami pergi jenguk adik. Jumpa doktor. Tanya progress adik. Tapi seorang mami mana tahan tengok anak penuh wayar dibadan macam tu. Berendam air mata jugak mami tiap kali tengok adik. Mami selalu doa nak dengar adik nangis. Sebab selalu adik tido je. Satu hari tu dapat dengar adik nangis. Mami senyum dalam tangis. Pastu mami doa lagi nak tengok adik senyum, adik genggam jari mami. Hari- hari mami doa dik. Alhamdulillah makin hari mami n papa nampak makin baik progress adik. Walaupun doktor tak pernah bagi jaminan atau apa-apa harapan pada kami sebab takut sesuatu yang tak dijangka terjadi tapi instint mami kuat adik akan sembuh. Adik akan sihat dan akan bersama kami semua di rumah.

Satu hari tu mami dan papa masuk dalam wad adik tu terkejut tengok adik takde kat bed. Ya Allah mana anak kami. Kenapa takde sesiapa call bagitau apa-apa. Papa kalut panggil doktor tanya. Rupanya adik dah dipindahkan ke wad sebelah. Bukan wad kritikal tu lagi. Maksudnya kesihatan makin baik. Masih bantuan mesin cuma tak macam mesin sebelum ni. Kemudian 2,3 hari kemudian adik dipindahkan ke wad lain pulak. Lepas tu baru masuk ke SCN. Mami lega sikit. Scn takla kronik sangat. Cuma papa dah tak bebas masuk mcm kat nicu. Seminggu adik kat scn akhirnya berita dari doktor yang lama mami dan papa nantikan sampai jua. Adik akan discharge. Mami gembira rasa nak menjerit kat situ terima kasih doktorrrrrr!!!! Syukur Allah makbulkan semua doa2 kami.

Hari terakhir adik warded.
Mami masih ingat hari terakhir adik kat scn. Masa ni adik dibenarkan keluar duduk bilik pelawat tu. Tapi hanya mami dan papa jela boleh tengok adik. Mula-mula kami berdua ambik adik tiba-tiba terpaku tengok adik dalam bed tu. Adik tengah syok tido. Kemudian terus papa dukung adik. Mami pulak lepastu. Mami peluk adik kuat-kuat. Pastu bawak pergi nursing room. Pertama kali mami df adik. Ya Allah berjurai air mata mami kat situ. Semua ibu kat situ pandang mami senyum kelat. " Berapa hari baby kat sini dik?" Sorang ibu tu tanya mami. Mami senyum jawab "38 hari kak. Hari ni boleh discharge" Ya Allah tetiba semua bergenang air mata nangis kesyukuran.
Yer. Genap 38hari di nicu + scn. Terima kasih semua misi n doktor yang menjaga adik sebaiknya. Semoga Allah membalas balas jasa dan pengorbanan kalian dengan rezeki yang tak putus-putus. Aamiin.

Hari ni dah DUA tahun usia adik. Insyaallah selagi mami ingat mami akan repost story ni di blog mami. Mami sentiasa doakan supaya Allah panjangkan usia adik, dikurniakan kesihatan sampai besar, sampai tua supaya dapat jaga mami dan papa pulak nanti. Mami doakan adik jadi insan yang cerdik pintar, soleh, hormat orang tua dan menjadi kesayangan semua orang.

Ujian menguatkan kita.
Semoga mami terus tabah hadapi segala ujianNya. Bila difikirkan balik perjalanan hidup mami ada hikmah Allah hantar ujian berat pada mami berkali-kali. Terutama ujian kemalangan setiap tahun kemalangan. Setiap tahun mami menangis yang terakhir 2014 mami kemalangan kereta berpusing-pusing beberapa kali langgar tembok dan tiang lampu namun Allah masih panjangkan usia mami. Masa tu mami dah tak nangis dik, kerana mami sedar tu ujian Allah untuk menguatkan mami. Mami redha dan pasrah. 2015, sebulan selepas 3 tahun papa dan mami kahwin Allah hadirkan adik dalam rahim mami. Tiga tahun penuh sabar mami dan papa menanti. Tidak pernah putus doa dan harapan pada yg Esa kerana padaNya tempat makbul hajat. Allah tidak pernah tangguhkan hajat, cuma datangnya pada suatu saat yang tepat.

Terima kasih buat keluarga yang sentiasa disisi, kawan yang selalu menemani dan terima kasih buat suami yang tak pernah berkurang kasih sayangnya terhadap diri ini.

Mami.
22dis2017

Tuesday 19 December 2017

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Tajuk : Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0


Dalam kepesatan zaman teknologi yang semakin canggih, ramai peniaga suka berniaga secara online untuk menambah pendapatan mereka disebabkan oleh taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat. Jika harapkan duit gaji bulanan tanpa melakukan kerja tambahan, agak sukar untuk menampung perbelanjaan seharian.




Bagi menjamin kewangan yang kukuh dalam jangka masa yang panjang, anda perlu menjadi seorang yang bijak dalam merancang perniagaan anda. Melabur adalah satu urusniaga paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan keuntungannya adalah berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.


Disebabkan oleh keuntungan yang lumayan inilah yang membuatkan ramai orang mengambil keputusan untuk melaburkan wang dalam pasaran kewangan terbesar di dunia iaitu pasaran pertukaran asing (Forex). Tambahan lagi dengan adanya kuasa internet yang meluas dapat memudahkan lagi urusniaga pelaburan di pelusuk dunia.


Apakah Itu Forex?



Forex adalah singkatan nama bagi FOReign EXchange atau lebih mudah difahami dengan urusniaga perdagangan/transaksi matawang yang boleh dilakukan selama 24jam secara berterusan tanpa henti. Perdagangan/transaksi ini memperdagangkan mata wang sesebuah negara terhadap mata wang negara yang lainnya yang melibatkan pasaran wang utama di dunia.


Dikatakan pasaran Forex ini mempunyai pasaran yang sangat kukuh sehingga mampu mengalahkan mata wang asing yang terbesar dan nilai transaksi pasaran forex mencapai nilai trilion sehari. Oleh kerana itu juga lah ramai prospek yang semakin ramai melabur dalam perdagangan Forex kerana ianya sangat menguntungkan.

Kenapa Anda Perlu Memilih Forex?

1. Modal Kecil.



Untuk mula melabur dalam pasaran Forex tidak memerlukan modal wang yang banyak. Anda hanya perlu membeli sejumlah minimum saham yang ditetapkan sebagai permulaan pelaburan anda. Dengan jumlah minimum ini dapat memberikan peluang kepada anda yang berminat dalam pelaburan Forex.

2. Untung Besar.

Tidak dinafikan lagi bahawa pasaran Forex memberikan lebih banyak faedah serta keuntungan daripada kerugian. Dengan melabur secara rasional dapat membantu anda menikmati pulangan keuntungan  yang berlipat kali ganda dan lebih lumayan daripada apa yang anda jangkakan.

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Forex telah menjadi satu alternatif pelaburan yang semakin hari semakin popular diperkatakan oleh pelabur. Ini disebabkan oleh ROI ( Return On Investment) daripada Forex memberikan keuntungan yang cepat. Akan tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai ilmu pelaburan Forex yang mencukupi akan menyebabkan anda berhadapan dengan risiko kerugian.


Bagi menguruskan kewangan yang baik, anda perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya terutamanya dalam pelaburan Forex ini. Sebagai persediaan untuk memulakan pelaburan, anda perlu mendapatkan ilmu dan maklumat pelaburan yang betul untuk menjadikan anda seorang pelabur yang bijak. Antara perkara-perkara yang perlu anda fikirkan ialah :  


1. Mempunyai modal melabur yang mencukupi.
2. Ketahui matlamat atau tujuan pelaburan.
3. Mendapatkan ilmu yang betul daripada sumber yang sahih dan dipercayai.
4. Fahami apa yang diajar dan dapat menguasai ilmu sepenuhnya.
5. Mampu membuat keputusan sendiri.
6. Sentiasa mengikuti per­kem­bangan semasa pelaburan.
7. Membuat pembelajaran sendiri dengan membaca.


Mungkin agak sukar untuk anda memikirkan semua ini sekiranya anda tidak mempunyai ilmu dalam pelaburan. Lebih-lebih lagi sukar untuk mencari maklumat yang boleh dipercayai. Adalah lebih mudah sekiranya anda belajar Forex dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0 yang dianjurkan oleh PIPSEMPIRE ACADEMY.

Kenapa Anda Perlu Menyertai Forex Masters Summit 1.0

1. Yuran Hanya Bayar Sekali Sahaja.

Dengan bayaran yuran sekali sahaja, anda akan dapat sertai kelas Forex berkali-kali. Tawaran istimewa ini hanya untuk mereka yang menyertai kelas anjuran Pips Empire Academy sahaja dan anda boleh bandingkan yuran kelas lain yang hanya menawarkan kelas secara on off dengan bayaran yuran yang mahal.

2. Kelas Selama setahun.

Dengan kadar yuran yang murah sekali bayar, anda akan menikmati kelas penuh selama 3 hari dan kelas pada setiap hari Isnin selama setahun. Dalam masa setahun ini anda boleh belajar sampai pandai dan boleh bertanya apa-apa soalan pada guru yang mengajar. Sangat menguntungkan bukan?

3. Silibus Yang Mudah Faham.

Kelas Forex Master  menyediakan silibus yang mudah difahami dengan strategi yang ringkas dan terbukit berkesan. Pembelajaran juga dilakukan secara bersistematik dan mempunyai silibus bagi memudahkan lagi pelajar memahami Forex dalam jangka masa selama setahun bagi menguasai ilmu Forex sepenuhnya.

4. Kemudahan Pembelajaran Yang Lengkap dan PERCUMA.

Selain mempunyai silibus yang mudah difahami, anda juga akan diberikan analisis percuma, signal percuma serta webinar percuma. Tambahan lagi anda akan dapat menyertai networking komuniti yang mempunyai sistem yang mantap dan berterusan daripada aplikasi telegram, whatsapp dan facebook.


Lebih menarik lagi sekiranya mempunyai Trading Floor di Singapura, Shah Alam, Melaka, Sabah dan tempat-tempat lain, anda boleh pergi bercuti sekali. Malahan kalau kebetulan berada di Shah Alam atau Melaka, boleh masuk kelas di sana secara percuma. Paling penting ialah dilengkapi dengan kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders).

5. Tenaga Pengajar yang Berkemahiran Dan Berpengalaman.



Untuk berjaya, anda perlu belajar daripada mereka yang mahir dan berpengalaman dalam sesuatu bidang. Disebabkan itu, PipsEmpire Academy menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran serta berpengalaman dalam pasaran Forex untuk kelas belajar Forex ini.

6. Mempunyai Kelas Fast Track Trader.

Kelas Fast Track Trader Ini adalah satu satunya kelas untuk menjadikan anda seorang professional dan international trader dalam masa yang singkat. Pendek kata, ia adalah shortcut journey of Trade dimana anda boleh mengikuti kesemua program PipsEmpire Academy secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa.

Kelebihan Kelas Fast Track Trader.

  • IB Training PERCUMA.
  • Daily Signal PERCUMA.
  • Maklumat PERCUMA.
  • Webinar PERCUMA.
  • Silibus yang MUDAH difahami.
  • Perkongsian lebih 50 strategi yang mudah dan ringkas serta terbukti berkesan.
  • Pengajaran secara sistematik dan bersilibus.
  • Tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman.
  • Support sistem yang mantap dan berterusan (telegram, whatsapp dan facebook).
  • Kemudahan pembelajaran yang lengkap!
  • Business To Business
  • Kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders)
  • Secret Techniques

7. 6 Speaker Hebat.



Pada Forex Masters Summit 1.0 akan menampilkan 6 speaker hebat dalam bidang pelaburan pasaran Forex ini untuk berkongsi pengalaman mereka kepada anda. Antara 5 speaker yang hebat ialah Mario Singh, Wayne Ko, Ahmad Zaki, Ibrahim, Zulhilmi dan Aun Khairul.


Mario Singh.



Mario Singh merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fullerton Markets dan pengurus Forex yang terkenal diserata dunia sebagai pendidik FOREX. Beliau telah mendapat latihan perbankan swasta dari Julius Baer (Bank Swiss yang terbesar di dunia dengan aset 340 Billion di bawah pengurusan CHF) dan perbankan ICBC (salah satu perbankan komersial terbesar di dunia dengan permodalan pasaran pada 269 Bilion.


Beliau juga adalah seorang pakar yang sentiasa mendapat perhatian ramai di dalam industri FOREX ini. Beliau juga telah muncul lebih 40 kali dalam rancangan CNBC dan Bloomberg. Seramai 350 juta penonton diseluruh dunia menonton setiap kali beliau menampilkan diri dalam berkongsi tentang pelaburan Forex ini.      


Wayne Ko.



Wayne KO adalah Ketua Penyelidikan dan Pendidikan di Fullerton Market. Beliau memberikan perkhidmatan “thought-provoking analysis” dan idea perdagangan kepada beribu pelanggan di seluruh dunia. Beliau sendiri adalah perdagang yang ternama yang mesra dan bersemangat membuatkan ramai orang dari seluruh dunia ingin mempelajari rahsia kejayaan beliau.


Sebagai seorang penceramah di peringkat antarabangsa, beliau telah berucap di depan beribu perdagang dan pelabur dari pelbagai negara di seluruh dunia termasuklah Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Australia dan China. Ucapan beliau dalam berkongsi pengalaman berdagang tidak pernah membosankan para pendengar.  


Ahmad Zaki.



Ahmad Zaki merupakan Pengasas akademi SIMPLYFX FOREX dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri FOREX. Beliau juga telah dianugerahkan tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut di dalam pertandingan FOREX yang di adakan di Singapura. Beliau juga adalah orang kuat di belakang penubuhan jutawan “SUPER SCALPER TRADERS”.


Selain itu beliau juga adalah seorang pengasas teknik/strategi khas yang telah terbukti berjaya di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga baru sahaja dianugerahkan sebagai GRAND CHAMPION 2017 daripada Fullerton Markets.  Bukan calang-calang orang beliau ni.


Ibrahim.



Ibrahim adalah perdagang profesional dan pengurus dana proprietari. Beliau adalah orang yang tepat untuk berkongsi dan belajar strategi perdagangan. Beliau juga adalah pengarah pendidikan di SIMPLYFX. Beliau mula berdagang di dalam pasaran FOREX pada 2012 dan mempunyai rekod peribadi yang baik dengan 1000% pulangan pelaburan dalam masa hanya dua bulan. Beliau telah melatih lebih daripada 3000 perdagang dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Zulhilmi.



Zulhilmi Yusoff adalah pedagang forex sepenuh masa dan merupakan salah seorang mentor di PipsEmpire Academy selepas tiga tahun menjadi ejen Unit Trust. Beliau mempunyai dua tahun pengalaman dalam FOREX. Pengasas teknik membunuh FusionFIBO yang diasaskan daripada FIBO yang asal, yang mana ia sudah terbukti sebagai satu strategi yang sangat efektif untuk perdagang scalping, intraday dan swing. Beliau telah mengajar dan membangunkan ramai pedagang yang konsisten dan berjaya.


Aun Khairul.



Aun Khairul diibaratkan sebagai kisah klasik “Zero To Hero” di dalam FOREX. Beliau telah diperkenalkan kepada Forex oleh SIMPLYFX Malaysia. Setelah berjaya, beliau kini adalah mentor dan menguruskan PIPS EMPIRE MALACCA TRADING FLOOR hanya selepas dua tahun aktif di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga turut dikenali sebagai pakar perdagangan emas dengan memberikan analisis harian yang tepat dan hampir sempurna untuk perdagangan emas.  

8. Lokasi Yang Strategik.



Forex Masters Summit 1.0 2018 akan diadakan di IDCC (Ideal Convention Centre) Shah Alam yang merupakan tempat yang sangat strategik dan selesa untuk semua peserta. Antara kemudahan yang ada dan berdekatan di sini adalah :  
  • Parking Percuma
  • Makan 3x (Breakfast, Lunch, Tea Break)
  • Dekat dengan hotel (Mewah / Murah) From RM108/night
  • Budget Hotel RM86/night.
  • Easy access Federal Highway
  • Wifi Percuma

Daftar Minat Anda Percuma SEKARANG!!!
Berminat untuk melabur dan ketahui lebih lanjut tentang Forex? Rebut peluang ini dengan menyertai Forex Masters Summit 1.0 sekarang kerana tempat adalah terhad. PipsEmpire Forex class dan Fast Track Trader Program juga menawarkan pakej dengan harga yang tak masuk akal. Jadi, daftar minat anda percuma sekarang juga. Jangan tunggu lama-lama.

Nama Penuh
Email:
No Telefon:

We respect your email privacy
-->


Monday 18 December 2017

Alhamdulillah. Cucu ke3.

Salam uollss.

Hari Sabtu minggu lepas 9hb Dis adik ipar melahirkan anak sulong dia. So dah tiga orang la cucu aki dan tok mi (ayah dan mak mertua). Cucu ketiga ni laki. 2 orang laki dan sorang perempuan. 

Sebenarnya hari Khamis lagi adik ipar dah kena warded. Naik ambulans dari Hospital Dungun sebab dah keluar tanda. Malam Khamis tu asben sampai je terus kita pergi hospital. Bawak Daniel jumpa aki dan tok mi. Lama tak jumpa, mami bizi jarang balik kampung. Kahkah. 


Daniel punyalah teruja naik lift. Terlopong mulut. Pastu tercengang je bunyi suara pompuan bergema dalam lift. Haha.


Punyalah eksaited dia jerit2 dan lari2 kat luar tu. Pastu pegi dekat lift. Lift terbuka je terus lari masuk lift. Nasib mami sempat kejor sekali. Ya ampun. Super aktifnya anak mami. Memang surrender betul bawak pegi public. Haha. Penat nak mengekor mengejar dia pon satu hal. Keselamatan dia pon satu hal. Daniel ni memang spesis tak takut orang. Dia pegi je kat mamat pak cik mak cik mana kat kerusi pastu senyum jer bertempak kat peha orang tu. Kau raseee.


Kesayangan mami. Kekasih hati mami. Luruh jantung dik oii awak lari keluar lift menuju ke pintu keluar automatik tu. Haha. 


Suka tokmi dapat jumpa cucu. Selalu duk ws cakap rindu Daniel, rindu kak long (me). K.long pon rindu ma selalu, hati je tahu macamana. Tak terluah dengan kata-kata. Ma dan ayoh datang jugak hospital. Tido kat luar. Dah tiga kali anak menantu beranak ma ayoh mesti datang tido kat hospital sampailah cucu keluar. Cuma ayah suruh ma tido rumah saya selesa sikit. Tido kat hospital tu ats kerusi panjang tu je la. Sakit pinggang. Terima kasih ma dan ayoh. Walaupun kadang tak sihat sangat tapi sentiasa ada untuk anak, menantu dan cucu. 

Hari Jumaat kita pegi hospital la teman ma dan ayoh. Daniel stay kat rumah dengan papa. 


Hari Sabtu petang adik ipar beranak. Masa tu kita kat rumah dah. 

Adik ipar sepatutnya due bulan Januari tapi baby tak sabar nak jenguk ibu dan ayah dia, diusia kandungan 35w dia keluar. Alhamdulillah both ibu dan baby sihat. Tapi sebab dikira prem baby stay kat SCN beberapa hari untuk doc pantau. Sementara tu adik ipar, biras dan mak mertua stay kat rumah saya sebab dekat nak ulang alik pergi PRIBA, HSNZ. Nasib baik rumah saya kira dekat jugak dengan HSNZ. Dalam 20 minit plus2.


Hari Ahad masa rehat tengahhari tu bawak sejambak bunga untuk adik ipar. Tahniah kak. K.long tak tau awok baca dok entri ni, cuma k.long doakan semoga dengan kehadiran baby W hidup awak sekeluarga makin lengkap, makin bahagia dan makin dimurahkan rezeki. Semoga baby W membesar jadi anak soleh, cerdik, pintar kebanggaan ibu dan ayah. Aamiin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...