Para Pengikut..

Thursday 15 September 2016

Homemade food Daniel (8m3w)

Salam uollss.

Saya kan perasan sangat kalau Daniel ni suka bubur letak bilis. Kalau letak ayam semata-mata dia takde la eksited sangat. Kalau buh bilis jugak mesti nak nganga mulut tu tak henti-henti. Tapi kalau takde bilis tetap makan jugak. Cuma nak habis tu lambat benor la. Dah pusing 10 round dengan walker dia sambil suap makan pon tak habis-habis lagi. Kahkah.

Ni perkenalkan sayur baru kat Daniel..kacang buncis dan ubi keledek. Best buh ubi keledek tu rasa lemak berkrim gitu. Macam rasa kentang jugak. Kentang Daniel dah biasa makan dah.

Bubur beras perang
Kacang buncis
Sawi (daun jer)
Ubi keledek
Isi ayam

Masukkan dalam periuk masak sekali. Nak ada rasa masin-masin skit buh serbuk bilis. Masa ni kita tak sempat blend bilis, so buh ayam jer.

Blend bubur sebab ubi keledek tu lambat skit nak hancur even dah masak. 

2 comments:

  1. Lagi...haha nak tiru nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.time rajin snap gambo.time malas nan ado la kakna.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...