Para Pengikut..

Tuesday 30 August 2016

Homemade food untuk Daniel : Spiral Tomato Cheese (8 bulan ke atas)

Salam uollss..

Daniel dah 8 bulan lebih. Makin bersemangat waja la kita masak untuk dia. Daniel ni takdelah jenis suka makan pelahap sangat. Haha. Tapi kalo suap tu makan je la. Kalo berenti suap takdelah nangis-nangis. Kadang-kadang sambil dia duk pusing-pusing atas walker tu kita suap sambil kita kemas dapur or masak. Last-last habislah jugak satu mangkuk tu. Start 8 bulan ni tak blend dah bubur dia. Cuma tekstur dia halus la. Coz kita blend dulu beras perang tuh.

Sekarang kita duk rotate je masak guna sayur, ayam, bilis. Sayur pun carrot, brokoli, saderi apa lagi ha? yang tu kot bisa beli. Nanti nak kena variasi lagi la.

Ni resepi kita jumpa kat group Homemade Food kat FB. Tak ingat sape punya resepi la.

Spiral Tomato Cheese (nama mami reka.hakhak)

Ayam, tomato, spiral makaroni ngan cream cheese jenama Tatura.

Mula-mula spiral tu rebus bagi lembut.
Ayam ngan tomato cincang halus masak skali then buh cream cheese. Dah masak sebati blend dengan spiral tu. Yummy Yummy.

Kita test rasa ok la jugak rasa susu kan. Budak-budak suka la. Daniel makan pon habis la kita suap.

 Actually kita pon tak pasti jugak sukatan makanan nak bagi banyak mana kat dia. Tapi biasanya kalau dia dah tutup mulut rapat-rapat tanda tak nak la tu. So, mami la habiskan kalo ada sikit lagi tak habis. Kalau dah makan banyak sampai habis satu mangkuk kita takde tambah-tambah dah la. Cukup la kot dik yer sampai perut tu dah besor dh. Heee.


Biasanya pengasuh suap 3kali. Pagi, tengahhari n petang. Malam kita suap jugak bubur sikit. Atau puri buah ke. Tapi dah makan banyak pon still minum susu banyak budak bulat ni. Semoga membesar dengan lebih sihat lagi anak mami yer.


Tak kisah la orang duk cakap adik ni kecik je tak makan ke. Suka hati la orang nak cakap apa yang penting adik sihat. Kecik besar bukan ukuran.Heee.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...