Para Pengikut..

Thursday 23 June 2016

1st solid food Daniel.

Salam uollss..

Semalam genap Daniel 6 bulan. Cepat pulak masa ni berlalu. Buat sesiapa yang tak sabo nak Daniel makan. Haaa. Nilah masanya. Jangan ko pegi sumbat anak haku biskut raya nanti sudah lah.

So mami pun eksaited la nak suap dia makan. Nak tengok macam mana reaksi dia kan. Hee. Dah selama ni asal orang makan je dia tengok dengan muka and aksi yang terliur sangat makanan kita tuh. Kalau berbuka puasa tak nak duk bawah. Nak berdukung. Mulalah nak capai pinggan gelas atas meja tuh. Sabar jela mami dikk. 

Hari tu pergi mydin beli blender baru. Ceewahh. Bukan blender. Yang dia punya bekas tu je. Apentah namanya. So, pasni takdelah nak share blend puree Daniel pastu blend lada kering mami pulak. Then beli buah pear. So adik start makan pear yer.

Mula-mula potong buah pear. Potong isi je, kulit jangan ambik.
Then stim dulu kasi lembut.
Pastu blend lah.
Lepas blend tapis dulu
Then campur susu. Mami guna susu asli. hikhik.

Letak Daniel dalam walker. 



Abaikan background yang berselerak. Hehe.

Alhamdulillah. Daniel makan je. Suka je dia. Biasalah tu suap je yang masuk agaknya sama banyak dengan yang meleleh kuar. Haha. Tapi nampak Daniel menelan jer. Agaknya sedaplah kot puree nie eh.

So saya start bagi 3-4 sudu dulu sehari. 2x sehari. Tak hantar kat pengasuh pun lagi. Tengok dalam dua minggu lagi macam mana. Hope adik takde masalah dan makan dengan berselera sekali yerr. Dan hope jugak mami jadi super rajin untuk pelbagaikan resepi adik. Kikiki.

Soal jawab berkenaan pemakanan untuk baby 6 bulan ke atas.

 Salam uollss..ni mami copy dari group Homemade food utk baby kat FB.

1) ANAK SUDAH 6 BULAN. MAHU BERI MAKAN APA?
- Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru.

2) SEHARI BERAPA KALI MAKAN?
- Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.

3) BERAPA BANYAK KUANTITI MAKANAN YANG BOLEH DIBERI?
- 2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.

4) KENAPA TAK BOLEH BERI BUBUR NASI SEAWAL 6 BULAN? BILA BOLEH BERI BUBUR?
- Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.

5) PURI BOLEH TAHAN BERAPA LAMA DI DALAM CHILLER DAN FREEZER?
- Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.

6) CARA PENGENDALIAN PURI APABILA HANTAR KE PENGASUH/TASKA?
- Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.

7) BETIK, PISANG, AVOCADO PERLU DIKUKUS SEBELUM DIBUAT PURI?
- Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.

8) BAGAIMANA MAHU BUAT PURI?
- Cara membuat puri ada di Photos. Ada juga di google.
- Kebiasaan segala jenis buah/sayur keras seperti EPAL, PEAR, BUNGA KOBIS, LOBAK perlu di stim kan dahulu sebelum dikisar menjadi halus.

9) BILA BERI ANAK MAKAN, MESTI BERI AIR KOSONG?
- Ya.

10) ANAK 5 BULAN LEBIH. NAMPAK MACAM LAPAR. SEMUA BENDA MASUK MULUT. BOLEH BERI MAKAN?
- Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.

11) BERI ANAK MAKAN, TAPI ANAK MACAM TAK SUKA DAN TAK MAHU MAKAN. BERI AIR KOSONG PUN TAK NAK MINUM.
- Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.

12) ANAK SEMBELIT/CIRIT BIRIT. NAK BERI MAKAN APA?
- Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
- Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

13) BILA BOLEH BERI IKAN?
- Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

14) BAGAIMANA NAK NAIKKAN BERAT BADAN ANAK?
- Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.

15) TEPUNG APA SESUAI UNTUK ANAK BAWAH 1 TAHUN?
- Tepung atta, wholewheat unbleached flour.


16) KENAPA PERLU RENDAM BIJIRIN (BERAS PERANG, ROLLED OATS, BARLI ETC)?
- Bijirin adalah benih.
- Benih bertujuan untuk melalui sistem belum dicernakan supaya mereka boleh ditanam di tempat lain (berfikir secara alami).
- Untuk membuatkan ia tidak mudah dicerna dan mampu "dipindahkan untuk ditanam di tempat lain", terdapat beberapa anti-nutrien di dalamnya untuk menjadikan mereka sukar untuk dihadam.
- Benih juga perlu dipertahankan sehingga masa yang sesuai untuk percambahan, jadi mereka mempunyai bahan-bahan tertentu yang menghentikan aktiviti enzim aktif percambahan.
- Sebatian ini juga bertindak untuk menghalang aktiviti enzim aktif dalam sistem pencernaan anda.
- "Merendam" bijirin penuh boleh membuat mereka lebih mudah dicernakan dan membantu sistem anda mendapat semua nutrien dalam makanan.
Proses ini disyorkan oleh Sally Fallon dalam bukunya Nourishing Traditions, dan anda tidak akan menemui banyak sumber lain. Saya tidak 100% yakin bahawa ia adalah satu-satunya cara tapi setakat ini namun ini adalah cara yang sedia ada setakat ini.

CARA MERENDAM
1. Campurkan 1 cawan rolled atau steel cut oats dengan 1 cawan air dengan 1 sudu besar lemon jus atau whey yogurt di dalam air. Saya lakukan betul-betul di dalam periuk. Air sepatutnya menjadi lebih panas daripada suhu bilik pada permulaan. Anda perlukan untuk memanaskan di dalam cerek atau di dalam periuk ~ kepada 110darjah atau lebih. (Berikut adalah bagaimana untuk mendapatkan whey dengan mudah.)
2. Oat adalah rendah dalam phytase enzim yang diperlukan untuk meneutralkan phytates. Tambah satu
3. sudu besar atau dua (sebanyak 10%) tepung gandum untuk oat anda.
4. Tinggalkan pada suhu bilik 24 jam (atau sekurang-kurangnya 12). Saya biasanya berfikir malam sebelum ini, tetapi yang terbaik untuk oat adalah untuk biarkan ia pergi 24 jam.
5. Tambah satu lagi cawan air pada waktu pagi, biarkan mendidih dan masak beberapa minit pada
6. sederhana rendah hingga likat. Laraskan kuantiti untuk apa jua saiz hidangan oat yang anda perlukan.

17) RIBENA, CALCIUM, VITAGEN, NUTRIGEN DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA, BOLEH BERI PADA ANAK?
- Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, bahan pengawet.

18) BILA BOLEH BERI TELUR? BAGAIMANA CARANYA?
- Cara introduce telur (ikut PPUM - MMRTELUR)
Kalau belum intro telur, kena buat secara berperingkat.
- telur kena pastikan betul2 masak
- boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.
Cara nk intro :
Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja
Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)
Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja
Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)
Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur
Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)
Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya
Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)
Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu
19) BOLEH BERI RIBENA, JUS BUAH DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA?
- Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.

20) APAKAH 4-DAY-RULE? KENAPA PERLU AMALKAN KAEDAH INI?
- 4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

21) BOLEH PERKENALKAN MAKANAN SEBELUM ANAK 6 BULAN?
- Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.

22) BOLEHKAH BERI BUAH-BUAHAN KERING SEPERTI APRIKOT, KISMIS YANG WARNA KUNING/ASAL?
- Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.
Ini penerangan dari Puan Farah Rahim :
Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.
Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.
Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.
==========================
=====
UMUR 6 BULAN :
Antara makanan awal yang boleh di intro kan kepada baby anda ialah Brown Rice, Avocado & Banana, Apple, Pear, Cauliflower, Carrot, sweet potato bukan potato biase tu ye, pumpkin

UMUR 7 ~ 8 BULAN :
Brown Rice, Oat, Keledek Oren/Ungu, Barley, Avocado, Apple, Banana, Appricot, Manggo, Peaches, Pear, Plum, Prune, Pumpkin, Sweet potato, Dates, Green bean, Carrot, Peas, Zuchini, Kacang Peas, Ayam, tauhu @ tofu lembut

UMUR 8 ~ 10 BULAN :
Brown Rice, Oat, Barley, Keledek Oren/Ungu, Wheat, Pasta, Sesame, Flax Avocado, Appricot,Blueberry, Cherry, Cranberries, Apple , Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo, Blueberries, Peaches, Pear , Plum, Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato, Green bean, Carrot, Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala, ayam, tauhu @ tofu lembut, beef, egg yolk & fish, plain yoghurt but full fat, butter & cheese (seeloknya cream cheese)
selepas baby 8bulan anda boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, batang celery, halia atau daun parsley ke dalam bubur baby. (atau herbs)

UMUR 10 ~ 12 BULAN :
Semua jenis grain , Keledek Oren/Ungu, Avocado, Appricot, Blueberries, Cherry, Cranberries, Apple, Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo, Peaches, Pear, Plum, Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato, Green bean, Carrot, Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam, tauhu @ tofu lembut, beef, bawang, Jagung, timun, bayam, tomato, whole egg & any fish

Tuesday 21 June 2016

Daniel 6 bulan dah.

Salam uollss..

6 bulan dah anak mami!!cepat sungguh masa berlalu. Adoi..belog pon tak terupdate sangat. Bizi dengan kelas, anak dan bisnes..ceewahhh. 

Perkembangan
Alhamdulillah banyak perkembangan adik. Sekarang dan boleh tarik dada. eh ke apa korang panggil. Kadang-kadang kalau malas dia bergolek berguling. Sampai jatuh dari toto. Depan tv hampar toto. Time nak ke dapur or toilet kejap kita kubukan toto dengan bantal. Kot tak sampai ke dapur gamaknya anak mami. Mulut tu pantang capai pape nak je masuk mulut. Orang tua2 terus cakap nak makan dah budak ni..mami sabo jelah. Tunggu 6 bulan k. Kadang dah pandai kiss (sayang) mami or papa. Bila dukung rapat dengan muka dia slow2 dia kiss pipi. Olololo. Syahdunya mami rasa dikk. Tapi bila mami suruh sayang takde plak nak sayang. Heeee. Gigi pun dah tumbuh dua batang. Gigi bawah. Comelnya. Hihi. Alhamdulillah dik. Even doktor cakap perkembangan adik maybe lambat dari budak seusia adik. Yang penting Allah yang menentukan. Manusia hanya bercakap melalui pengalaman dan teori yang dipelajarinya.
Checkup HSNZ
Semalam pergi checkup kat paed. Doktor pun terkejut jugak dengan perkembangan adik. Berapa kali nak cek ntah. Cek tangan kaki, pendengaran semua lah. Cuma berat tak naik banyak sangat. Maybe efek demam ritu kot. Dua kali demam bulan ni. Selsema dan batuk pon tak hilang lagi tu. Semoga cepat sembuh anak mami. Kesian plak mami tengok awak tak selesa.

Solid food
Esok adik dah 6 bulan. masa yang dinanti-nantikan oleh mami nak suap adik makanan. Penat dah mami dengar orang sekeliling duk suruh suap adik makan. Fuhhhh. Mami malas nak bertekak diam je la. Esok ok dik. Esok start makan yer. Macam mana ntah penerimaan adik. Harap awak ni kuat makan la. Hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...