Para Pengikut..

Monday 24 August 2015

Kena serang lebah.

Salam uollsss..
 
Kemain tajuk saspen tak ingat. Semalam saspen betol. Masa tu dalam kul 7.00 pm lebih la. Belum maghrib pon lagi. Duk layan citer Eksperimen Cinta dengan asben. Tiba-tiba bunyi bising kat lampu , kat syiling rumah. Pandang atas tengok lebah berlegar-legar kat lampu. Banyak ekor la jugak. Dalam 7-8 ekor. Terus tersentak kami berdua neh. Biasanya kalau ada sekor masuk tu normal lah yang sesat kan. Terus asben gegas g dapur tengok kat dapur lagi banyak. Baru perasan tingkap kat dapur tak tertutup. Lupa la asbennnn..huwaaaa..Cepat-cepat tutup tingkap semua and tutup jugak lampu dapur.
 
Asben pulak keluar kat garaj kereta intai belakang rumah. Belakang rumah tu ada kebun jiran. Takdelah semak-samun sangat pon. Tapi adalah pokok-pokok rambutan, jering dan kelapa yang jiran tu tanam. Asben bukak lampu kereta. Nah!!terus nampak sarang lebah kat dahan pokok jering. Bila ntah dia buat sarang kat situ. Rasa pagi tadi tak perasan pon lagi. Patutlah banyak sangat kaum kerabat dia masuk rumah. Diorang kan suka cahaya-cahaya neh. Kitorang tutup pintu tingkap semua rapat-rapat. Then tutup lampu. Bukak tv ngan lampu ruang tamu je. Tu pun gigih asben campak keluar sekor-sekor yang ada dalam rumah tu. Takut jugak. Kalau takde sengat takpelah kan. Kita ni dah la spesis penakut. Cicak, lipas, lebah, apa semua serangga lah. Dengan semut je kita berani. Hahaha.
 
Malam tadi kita sorang-sorang kat rumah. Risau jugak kalau kena serang skali lagi. Rupanya sekor pun takde masuk rumah. Mak cakap maybe malam tu diorang baru pindah tempat. Tu yang huru hara sangat tuh. Ni dah duk diam-diam dalam sarang buat madu senyap lah semua. Hope ceapt-cepat la jiran tu panggil sesape clearkan. Kita tengok sarang lebah tu pon dah naik seram. Huhuhu.
 
 


2 comments:

  1. hihi kemain kene serang..klu kene..bekok cobong.. biar la besar kat situ sarang dia awk. leh suh ayah ambik madu dia nanti.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sista, tau takpe.dah citer kat ayah pg tadi.tunggu 15 hari baru check tengok ada madu x.nyummmm.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...