Para Pengikut..

Wednesday 24 December 2014

Jalan-jalan ke Klang.

Salam uollss..
 
 
Penatnya hari ni. Lima hari bercuti start Jumaat sampai la semalam. Ces. Masa cuti tak rasa penat kan. Masuk kerja baru komplen penat. Heheh.
 
Mula-mula konpius jugak nak pegi ke tak Klang ni memandangkan cuaca di Terengganu buruk sangat. Hujan lebat, matahari pon tak kelihatan langsung. Takut jugak jalan naik air ke..hurmm..macam-macam la terbayang difikiran. Tapi memandangkan plan dah lama, kesian pulak mak nak pergi sangat tengok cucu dia berkhatan. So pegi jugak la. Tawakkal je la.
 
Pagi Jumaat saya bertolak dari umah mak lalu highway LPT exit Bukit Besi. Hujan lebat, kadang-kadang renyai, lebat balik. Bawak slow motion je. Masa tu dah ada area kawasan rendah kat LPT tu air dah nak melimpah ke jalan. Alhamdulillah selamat sampai Dungun. Pick up my asben. Kemudian start Dungun ujan je manjang sampai la masuk Tol Gombak baru lah panas skit.
 
1st time travel guna Waze. Ntah kemana-mana waze bawak. kahkah. Padahal tuan henfon yang lambat. Dah go straight baru ko suruh turn left kan. Tak kan nak reverse tengah-tengah kesibukan tu. haha. Pasrah jelah waze bawak lalu jalan lain plak. Nampak je signboard Meru barulah lega skit. Akhirnya sampai jugak umah abang kat Meru.
 
Dan ni la yang paling dirindui..si budak Alesha.
 
 
Dah setahun lebih dah Alesha. Dah pandai cakap skit-skit. Pelat tu dia je la yang paham. Tapi keletah dia sungguh menghiburkan hati. Dah la nak berdukung ngan orang laki jer. So, asben tak lepaskan peluang. Dah la dia suka budak-budak. Dapat si Alesha yang lucu tu sakit perut duk gelak kat si kenik ni. Gerammnyaaa.

Hari Sabtu abang buat kenduri arwah kat rumah. Dan sempena nak khatan anak buah keesokan harinya.

 
Saya tak snap gambo sangat pun. Hp masa ni duk kat mana ntah. Abang tempah nasi beriani, tapi kuah mak kakak ipar yang masakkan. Sedap sangat daging masak kurma tok mak masakkan tu. Empuk je. Pastu tempah bihun sup. Sedap jugak. Kuah kicap pedas sangat. Tu yang bertambah kaw. Kenyang perut hari tu. Dengan agar-agar lagi. Buah jambu asam boi lagi. Senak perut. Tak makan kan nyesal.

 
Untunglah Alesha. Semua orang geram kat dia. So umi abah dia bebas buat kerja layan tetamu tanpa gangguan Alesha. hehe. Kejap kang abang-kakak dia yang layan. Kejap kan asben pulak culik bawak lari. hehe.
 
Nak peace gaya sama jer jari macam tu. Takpe Alesha. Cuba lagi next time.

 
Asben suka melayan budak-budak. Huhu.


 
Kemudian hari Ahad lepas budak-budak settle khatan kitorang pegi window shopping kat Setia City Mall. Bawak anak buah yang sulong coz dia kenal jalan short cut pintas lalu area kawasan kilang. Mak tak larat jalan jauh-jauh. So kita masuk Padini je. Shopping baju tshirt 2-3 helai pastu blah.

 
Kemudian perut berdondang sayang dah suruh cari kedai makan. Anak buah rekemen kedai ni. Kedai rimbun sangat.

 
With mak ngan adik bongsu.

 
Asben ngan anak buah yang paling sulong.

 
Lauk sedap sangat. Kitorang sampai dalam kul 1.30 petang pon dah banyak lauk habis. Laku sangat kedai ni.

 
Tengok dari luar scary je kan. Hehe. Masuk dalam bau lauk pauk..aduhh..terbayang-bayang sambal udang dia.

 
Malam tak buat apa pun. Tonton muvie jer. Umah abang dapat wifi. So, gigihlah kita download muvie. Hehe. Kebetulan famili kakak kepada kakak ipar datang singgah dari Langkawi. Sambil tonton muvie makan Pepero. Nyumnyumm.

 
Okeyy..Kejapnya bercuti. Isnin dah balik Terengganu. Wuuuu. Tq sangat asben, sebab cuaca sangat teruk so dia je drive sepanjang jalan. Mesti penat. Sian pulak drive dalam hujan lebat lagi. Hurm..Nasib baik standby kacang Pistachios ni. Bukan sebab tak nak bagi asben yang drive tu ngantok. Tapi co-pilot neh. Haha. Asal nampak saya macam ngantuk jer terus dia suruh kopekkan kacang ni. Terus segar mata. Eh, tapi memang la saya selalu dapat kawal mata ni dari tidur kalau jadi co-pilot. Sepanjang perjalanan pergi dan balik tak tido tau. Heeee.

 
Dari Meru hujan renyai-renyai kemudian lebat. Tapi nampak macam hujan biasa je la. Masuk je highway area Gambang tu terus nampak suasana musim tengkujuh. Hujann lebat menggila. Jadi sebab takut jalan biasa tak boleh lalu kami ambil jalan alternatif melalui Jabor-LPT-exit Tepoh. Alhamdulillah selamat sampai rumah.

 
Okeyy. Tu jer citer jalan-jalan dipenghujung tahun. No more cuti-cuti Malaysia untuk tahun ni okey even cuti masih berbaki 8 hari...huhuhu.


2 comments:

  1. Meriahnya bak hangg ... rugi x g ... wuwuwuwuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. HH, rugi tau awok xdtg.ramai awweks..hahaha..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...