Para Pengikut..

Tuesday 12 November 2013

Tam Spider reply komen?

Salam uollss..

Lama tak bersiaran kan. Weekend balik rumah mak mertua pastu masuk kerja terus membizikan diri. Balik kerja malam tak larat dah nak bukak lappy.

Stress jugak dengan hp ni. Nak update blog via hp pon susah benor nak upload gambar kan. Terus masukkan wish list nak beli hp yang sesuai skit untuk update blog. Thehehe. Wish list untuk tahun depan la. Hp saya pliss jangan merajuk lagi tau. Apapun awak tetap yang terbaik untuk saya. #tetiba. 

Apapun tetap boleh bw dengan senang hati. Pastu kan, hari tu saya ada lah post pasal Tam Spider kan dalam ENTRI INI. Eh, eh tengok-tengok ada orang komen!! TAM SPIDERRRR!!

Tapi dada ni tak berdegup kencang pon. Biasa-biasa jew kan. So saya anggap ada la tu tangan nakal yang gatal saja nak test kita. Kan. Kan.

Baik ngaku CEPATTTT!!!


Saya tengok kat Search keyword tu ada orang google pasal 'Gambar Terbaru Anak Tam Spider'. So ada kemungkinan orang tu jumpa page saya dan gatal tangan nak nyamar jadi Abang Tam kiterrr. =p


Tak percaya tak percaya pon tetap screen capture kan. Muahaha.

Tak kisah lah siapapun dia even dia memang sebenar-benar Abang Tam atau dia hanya seorang yang bertangan gatal saya tetap nak ucap TQ sebab menaikkan pageview saya. Kehkehkeh.


Kemudian nak cerita yang malam tu tengok Muzik-Muzik Semi Final. Masa tu saya duk sorang umah mak mertua. Duk kat dapur basuh pinggan sebab masa tu tengah iklan kan. Pastu macam familiar je intro muzik tu, macam best jer. Thehehe. Terus berlari masuk ruang tamu dengan tangan bersabun tinggal semua pinggan mangkuk kat sinki. Nasib baik mak mertua takdekan. Hehehee.



Yup. Itulah saya. Dari zaman kanak-kanak lagi masa start minat Spider dengar je lagu kat radio mesti gegas-gegas ke dapur nak dengar lebih jelas. Sebab radio kat dapur. Pahadal duk dalam bilik tu dengar jer. Hahaha. Terutama lagu Relaku Pujuk. Sebab lagu tu ada kenangan sangat kan.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...