Para Pengikut..

Tuesday 3 September 2013

The Conjuring tu seram ke?

Salam uollss..

Buh gambar kasi saspen dulu yer.

Eh, apesal ni makin lama cerita makin tertangguh neh. Hakhak. Ampunkan tuan blog yang konon maha sibuk kan. Ini cerita Khamis lepas. Khamis lepas kena pegi sekolah kat Kerteh. Ada program di sekolah. Dari Kuala Terengganu bertolak jam 7.30am macam tu la. Bawak slow jer pun kan. Santai. Hee. Sampai dalam jam 9.20am.

 Kemudian program habis dalam kul 2.00pm. So jom la kita jalan-jalan ke Mesra Mall dulu. Dah plan dengan Naimah nak tengok wayang cuma tak tahu nak tengok citer apa. Aiolls suka citer seram. Eh, seram dan ngeri ni ada beza eh. Hari tu kekawan kat opis ni duk diskas pasal seram dan ngeri. Katanya kalau seram macam cerita hantu kuntilanak semua tuh. Kalau ngeri ni bertambah menyayat hati macam citer Zombie omputih tu eh. Okey. Kalau macam tu aiolls kurang suka la tengok citer ngeri sebabnya sampai terbawak dalam mimpi kan. Kalau seram boleh jer. Haha. Panjangnye membebellll.

Dah siap book tiket semua kami pon pegi solat dulu kemudian pusing-pusing kat situ. Dah nama Mesra Mall kan kecik jer pon. Pusing 10minit dah bosan takde pape pon. So singgah kat foodcourt minum air. Hahaha. Sekali terorder air buah gelas besar. Terus pandang keliling tengok ada tak orang lain yang order air tu segelas untuk seorang macam kami kan. Ok. Ada. So boleh buat muka selamba sedut laju-laju.

Takdelah ramai sangat pon tengok cerita neh. Ai is pantang betol kalau masa hantu nak keluar tu ada suara menjerit-jerit terlebih dahulu kan. Kita ni yang berdebar terkejut sebab dengar dia menjerit bukan terkejut tengok hantu. Ohhoii sabar jela. Banyak kali kot adik manis tu menjerit siap latah-latah bagai. Lepas tu agaknya dia perasan dia sorang je menjerit terus tutup mulut sampai ke sudah. Kesian awak adik
 manis. Hehe.  

The Conjuring ni bagi saya seram la jugak. Kisah satu famili ni pindah ke suatu rumah yang ada sejarah silam yang pahit la kat situ. Jadi macam-macam kisah seram berlaku pada setiap ahli keluarga dan kejadian pelik aneh berlaku. Ohhoi bayangkan rumah besar dalam hutan dekat tasik pastu ada pokok besar pulak kat tepi tasik tu. Arhhghh. Kalau takde pape kejadian pelik pon konfirm fikiran sentiasa terbayangkan perkara-perkara pelik kan. 

Pastu adalah parent diorang mintak bantuan paranormal untuk halau hantu. So korang yang belum tengok silalah ke pawagam berdekatan atau tunggu je cd keluar. Hakhak. So untuk cerita ni saya bagi 4.5 bintang la kan. Best kira kalau ada orang nak belanja tengok wayang untuk cerita ni again n again saya orait jer untuk ulang tayang. Hehehe.  

Katanya cerita nie adalah kisah benar kan. Sebab last cerita tu diorang review balik gambar asal famili yang hadapi kisah misteri ni.  

Okey. Puas hati tonton cerita ni. Tak mengecewakanlah bagi saya kan.

Pasni nak tonton cerita apa lagi yer kawan-kawan? Hope ada masa kelapangan untuk tonton lagi. Daaa.. 

5 comments:

  1. rindunya nk tgk wayang.. lama dah x tgk hahaha

    ReplyDelete
  2. HH : Haha.pegila tgk wayang nun.

    ReplyDelete
  3. Alamanda melambai-lambai jojo..hehe

    ReplyDelete
  4. Alamanda melambai-lambai jojo..hehe

    ReplyDelete
  5. My Sis : Haha. Mesra mall la dekat sikit.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...