Para Pengikut..

Friday 17 May 2013

Lepak di hujung minggu di Pantai Batu Buruk

Salam uollss.

Sekarang neh kalau keesokan harinya tak keje mesti kami keluar lepak kat Pantai Batu Buruk. Keluar lepak- sembang-sembang - tengok gelagat orang - komen pasal kereta orang kan. Hakhak. Nak buat macammana asben aiollss neh bersifat burung hantu. Ada penyakit tak bleh tido awal kan. Sampai dengan bini dia sekali berjangkit selagi jam tak merangkak ke 1 pagi mata mesti tak ngantuk lagi kan.

Kadang-kadang kalau nak jimat kitorang bawak bekal. Yelah penat-penat sembang boleh minum dan mengunyah kan. Bekal makanan ringan-ringan jer. Tak kan nak bawak bekal nasi berlauk pulak kan.

Terima kasih tupperware hijau dan bocong air panas yang tahan hingga lima jam hadiah perkahwinan pemberian anak murid.


Pantai Batu Buruk sangat happening tambah-tambah kalau hujung minggu. Memang ramai mat-mat moto dan kereta lepak situ. KFC 24 jam pun dekat. Malam tadi pegi KFC sebab ada orang teringin nak makan burger kan. Nasib baik menghormati aiolss yang boikot MCD jadi sebelum parking kereta singgah KFC nak beli burger tapi kena tunggu setengah jam pulak. Owhhh. Time nak makan ni la dia buat hal kan. Malas nak tunggu kan beli set Dinner Plate jer. 1st time rasa ayam perasa korean apentah tuh. Sedap jugak kan.


Suka jugak sebenarnya keluar lepak macam tu kan. Tapi yelah aiolss bukan kaki lepak pun. Dulu masa bujang balik kerja je terperuk kat rumah. Bukan suka keluar malam-malam pun. Setakat keluar pegi pasaraya atau pasar malam je lah. Malam minggu pun banyak lepak kat rumah. Kontra sangat dengan en.beliau neh. Terbejangkit pulak kat saya kan.

Kitorang keluar pun jam 12.00 ke atas. Kadang-kadang jam 1.00 pagi baru keluar. Masa tu tak lah padat sangat manusia walaupun kereta penuh tersusun still ada ruang untuk parking. Lepak punya lepak tengok jam dah dekat kul 2.30 pagi.

"Jomlah balik, tengok dah takde orang perempuan kat sini" saya bagi alasan padahal mata dah ngantuk sangat dah.
"Lor, biar lah takde orang perempuan pon. Takde pon dia letak signboard perempuan tidak dibenarkan berada di kawasan ni selepas jam 1.00 pagi"

Fine.Fine.Fine.

Jam 3.00 pagi baru balik rumah. Sampai rumah naik tangga dengan mata terpejam daaa..




2 comments:

  1. sila lah beronggeng puas2 2,3 pagi pun..nnti dah ada anak, mimpi di siang hari lah nak kuar pepagi buta mcm tu..hahaha.. cam ai yg kadang2 terliur jugop nak meronggeng dgn suami jln2 1,2 pg..tp tgk anak sian pulop..huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Hehe..tau xpe.tngu anak besor bleh la kak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...