Para Pengikut..

Sunday 26 May 2013

Marilah membulatkan muka memasing.

Salam uollsss.

Eh. Siapakah gerangan gadis yang menempek dalam entri saya neh.. Hakhak. Terus blog tak ngaku tuan sebab tak cam muka. Tulah. Siapa suruh membulat dengan jayanya kan.#Pasrahhh.

Ok. Mari mulakan aktiviti membulatkan muka pada hari Rabu. Malam Rabu tu saya masak nasi air. Plan nak puasa keesokan harinya. Nasi air macam saya masak YANG INI. Tapi hari tu nasi tu saya masak dalam periuk elektrik sebab malas kan. Pastu Chef Ewan tu komen katanya lebih sedap kalau masak atas dapur gas kan. okeh. Menurut perintah. Kali ni masak atas dapur gas lah. Eh, tapi makan dengan laju. Gambar pun tak snap. Hiks...

Hari khamis puasa. Mula-mula plan nak terjah pasar malam. Terasa nak makan nasi kerabu lah. Letak jeruk bawang putih. Sedapnyerlah haiiii. Eh, tapi bila memikirkan kat dapur tu sup nasi air malam tadi masih ada jadi en.beliau cakap tak payah bazir-bazir lah. kita tanak nasi jer makan dengan sup. Okey. Aiollss ok jer. Aiolss tak kan lari masuk dalam batu belah batu terlangkup pun sebab tak bleh makan nasi kerabu kan.

Sup kaki ayam. Suka kalau buh kaki ayam ni. Dia punya rasa lain sket kan berbanding buh daging ayam. Hee. Sebab tu suka beli ayam sekor-sekor. 

Telur dadar. Malas dah nak tambah menu masakan sayur kan. Jadi campur je sayur dalam telur dadar. Senang cherita aiollss.

 Sambal. Pun dari nasi air malam tadi.

Nak goreng ayam upin ipin tu takut lama la pulak. Kang tak sempat nak tunggu azan pulak kan. Jadi kita buat ayam goreng kunyit jer. Tapi kali ni campur serbut kari. So namanya jadi ayam goreng kunyit kari. Boleyy? Owhh. Lupa. Sepatutnya tambah sekali daun kari kan.

Alhamdulillah kenyang untuk malam Khamis.

JUMAAT

Hari Jumaat pulak dah plan nak pegi kenduri kat kampung mak. So, masak dulu siap-siap sebab en.beliau tak nak ikut. Lama dah tak makan nasi lemak masakan sendiri kan.
Ikan bilis kena goreng asing. En.beliau tak suka ikan bilis mentah macam tu duk dalam masakan. Ok. Fine. Kita goreng garing letak asing yer.

Pastu masak sambal kosong jer. Buh jugak ikan bilis sikit. Tapi tumbuk sampai hancur supaya beliau tak rasa seekor ikan bilis dalam tuh.

Dah makan kenyang tengahhari tu balik rumah mak pegi kenduri jiran sekampung. Petang makan ringan-ringan kat rumah mak. Malam tu pulak makan Stemboat Restoren makan Sekak Sekak Nok.

SABTU

Mula-mula plan nak balik rumah mak. Tak puas lagi bergosip dengan my sis yang balik dari Putrajaya. Tapi en.beliau pagi-pagi lagi dah keluar kerja. Waaaa... Takpelah. Boleh aiolllss berehat dan kemas-kemas apa yang patut kan. Tengah hari dia cakap nak balik rumah makan nasi. Jom bff, kita dating yuk.

Sambal ayam. Perasan tak takde pun menu ikan kan. Rasanya dah tiga minggu tak beli ikan kot. Kadang-kadang beli ikan ni sampai ikan jadik mata zombie pon still ada dalam peti ais. Sampai dah tak rasa kemanisan isi ikan. Jarang lah beli ikan. Dalam sebulan tu sekali je beli ikan. Selebihnya beli ayam, udang atau sotong yang boleh letak dalam pelbagai masakan kan.

Sambal kicap. Ini pun feveret en.beliau. Kalau malas nak tumbuk sambal lada tu kicap ni la jadi bahan gantinya.

Konpemlah. Kalau ada hati ayam, pedal mesti nak goreng dengan sayur kan.

Ikan jeruk. Ada orang panggil ikan masin kan. Kami kat sini panggil ikan jeruk. Ikan jeruk ni bezanya ia tak dijemur pun. Jadi isinya lembik gituew. Goreng garing pastu perah asam limau. Rasa masam-masam-masin skit.

Malam pulak buat meehun sup. Eh, en.beliau cakap kureng suka makan meehun sup neh. Tapi bertambah jugak dua mangkuk kan. Nasib baik aiollss masak banyak tau. Ingatkan nak masak untuk diri sendiri jer.

Hakhak.




Saturday 25 May 2013

Steamboat di Restoren Makan Sekak Sekak Nok

Salam uollss..

Malam tadi makan steamboat. Lama sangat dah tak makan steamboat neh. Rasanya last tahun 2010 kot. Masa training kat Kota Bharu. Hee. Masuk tiga tahun kot. haha. Mungkin en.beliau pun bukan addict sangat dengan steamboat neh. Time aiolss bagitau ada kedai steamboat situ sini beliau iyekan je tanpa tindakan kan.

Malam tadi rezeki kami student yang belanjew. Dah lama kot diorang nak belanja. Tapi aiolss asyik ada kekangan jew kan. Malam tadi berkesempatanlah kan.

Plan jumpa sana jam 8.30 malam. Kul 8.20 turun dari rumah. Tup-tup jammed pulak atas jambatan. Kul 9 lebih baru sampai restoren tuh. Sampai jer diorang dah bertungksu-lumus cedok segala bahan-bahan mentah masuk pinggan. Terus kami follow kan.


Makang sekak sekak nok..makanlah sepuas hati engkorang
biar se'eh perot baru bayor..biar penuh perut tu baru pegi bayar. haa..gitu la maksudnya lebih kurang. Theheee. Jadi alang-alang orang dah belanjew kat tempat makan yang tiada hadnya jadi mari kita penuhkan perut masing-masing.


Uishhh. Sampai bertongkat kepala bang oiii.. Lama benor ke nak masak tuh. Hehee. Hambik la awak hari ni turn jadi tukang masak pulak okeh. Saya nak makan jer.


Bagus jugak diorang neh pilih tingkat ats. So boleh la aiolls nak bersila, bersimpuh dan duduk  feeling macam orang Jepun tuh.



Weeollss. Eh, ada orang cakap muka kami berdua bulat? sapekah yang berani cakap sebegitu???Muka kami tak bolat pun cuma berbentuk bola sepak jer. hakhak. Rupa-rupanya selama ni berat semakin meningkat di muka. Eh, ada tak produk slimming untuk muka???Aiolls nak beli plisssss..

Ni memang tak dapat disangkal lagi. #Sorok muka bawah meja Jepun.


Syauqi bersama ibu ayahnya. Syauqi ni comel sangat tau. Kalau malu jer mata tu kelip-kelip pastu pejam rapat-rapat. Haha. Comel sangat gelagatnya.

Kenangan-kenangan yang dilalui bersama korang takkan dapat saya lupakan. Sobsob. Kesat air mata meleleh. 

Haaa kan. Geram Syauqi neh.


Alhamdulillah. Kenyang aiolls. Dah kenyang barulah angkat badan masing-masing yang tak terangkat dah dek kerana banyaknya makanan di perut.

******

Pastu plan nak pegi rumah kawan en.beliau. Lama dah tak bergosip dengan wife dia. So sad pegi tengok dorang takde kat rumah. Nak balik rumah bosan pulak. Pastu takde kerja patah balik ke bandar menuju ke Pantai batu Buruk. Ranjinlah sangat kan. Nasib baik naik kereta, kalau naik basikal konpem aiollss tak ikut kemahuan en.beliau neh.

Lepak-lepak sampai la jam 12.30 pagi barulah balik. En.beliau pulak dahaga. Singgah la kedai makan tepi jalan konon-kononnya nak minum jer. Eh, terjebak tengok abang tebar roti canai tu hensem sangat terus order roti planta. Sila salahkan abang menebar roti canai. Hakhak.


No wonder lah muka membulat dengan berjaya sekali kan.




Thursday 23 May 2013

Fresh flower

Salam uollss.


Fresh flower oh fresh flower. Suka sangat aiollss kalau dapat bunga segar dari ladang neh. Berangan lah nak dapt hadiah bunga segar dari kekasih hati kan. Tak pernah dapat pon. Pernah jugak aiollss saiko nak hadiah munge. Sia-sia jer. Hakhak. Aci tak nak pegi kedai bunga beli satu jambak pastu pos ke alamat bernamakan sendiri. Hakhak. Gilew terdesak.

Jadi bila dapat hadiah fresh flower dari student sempena hari guru yang lalu terus rasa kembang hati neh. Nak melonjak kegembiraan pon ade. Over sangat lompat bintang sambil pegang bunga. Kau ni kenapa??

.



Jarang sangat dapat bunga. Nak beli bunga segar asyik tak berkesempatan jer ke kedai bunga kan. Masa konvo itu hari pun dapat bunga dari SOMEONE. eh??kenapa perlu capslock? Masa tu lagi lah hati kembang berbunga-bunga kan. Ok. Kenangan dah berlalu. Tutup buku plisss.

Eh. Eh comotnya masa zaman dolu-dolu. Hakhak.




Wednesday 22 May 2013

Sahur

Salam uollss..

Kerja dah kurang sikit bleh la nak puasa pun kan. Saya ni jenis wajib makan nasi setiap hari. Sekali pun takpe. Alamatnya kalau sehari tak jumpa nasi mesti rasa tak lengkap je. Kadang-kadang time malam je mesti tak larat. Eh,overnya kan. Maybe sebab dah biasakan diri macam tu. Jadi bila niat nak berpuasa keesokan harinya haruslah sediakan nasi untuk bersahur. En.beliau rekues nak kari ayam. Nasib baik semua bahan-bahan nak bikin kari ada.


Kari ayam kuah pekat.


Kobis goreng lempar-lempar.


Ikan goreng (tiada dalam gambar)

Beli sayur lain asyik jadi makanan tong sampah je sebab tak tahan. Jadi beli kobis la tahan sampai habis. Tak heranla setiap hari masak kobis je. Hakhak.. Goreng kobis style saya senang je. Mula-mula saya akan goreng ikan. Dan minyak ikan akan digunakan untuk tumis bawang untuk kobis goreng pulak. En.beliau tak suka ikan bilis campur dalam sayur seperti yang saya biasa masak kat rumah mak. So, kenalah ikut tekak suami kan. Banyak masakan kena tukar style sekarang neh. Dah siap masak nasi rehat-rehat sekejap tengok tv barulah makan. Kalau kat umah mak time sahur mesti mak kejut tapi dah kitorang ni jam dua pagi baru nak tido alamatnya sahur lewat malam la kan.

Eh, dah dekat nak ketemu Ramadhan la. Tak sabarnya!


Monday 20 May 2013

Masak sempoi asal mengenyangkan

Salam uollss..

Tajuk entri nak menyedapkan hati sendirik. Muahaha. Eh, sebenarnya entri ni berhari-hari duk dalam draf kan. Sempat upload gambar jer. Lepas tu tiba-tiba membizi kan diri. Terus bersawang dalam neh. Hakhak. Hari ni lega sekejap sebelum membizikan diri dua minggu akan datang. So, sekarang sementara boleh tarik nafas panjang dua minggu ni boleh saya menari-nari bersama bestfriend di dapur tu tanpa raga ragu kan.

Ini adalah kejadian pada hari Jumaat. Saya tak kemana-mana pun. Mengerjakan rumah sepenuhnya. Basuh baju-lipat baju-jemur baju-sapu menyapu-mop lantai dan yang sewajibnya konpem la masak kan. Tunggu en.beliau jam 4.00 petang baru lunch. Dah la pagi tu tak masak apa-apa pun. Minum milo panas jer. Perut berdondang sayang terus jam 4.00 petang dua orang manusia tu mengadap makanan tanpa toleh depan dah.

Ayam goreng kunyit. Ni peberet en.beliau. Makan nasi dengan ayam goreng kunyit semata-mata pon ok jer dia neh. Senang aiolss.

Sayur kobis dengan hati ayam. Pssttt..tomato tu jangan curik. Tu saya punya hokeh!!

Sotong. Tak pasti apa nama dia neh? Sotong singgang ke? Hakhak.

Sambal belacan. Opkos la untuk housemate.

Ikan masin dua versi. Sebelah kiri dimasinkan oleh adik ipar saya yang mak mertua kirim itu hari. Yang sebelah kanan dimasinkan oleh saya.

Lepas tu ada lauk sambal ayam ngan limpa yang sehari sebelumnya. Eh, dua hari sebelumnya kot. Aiolss tak sampai hati nak buang. Simpan dalam peti ais tengok boleh makan lagi. Habiskan jela.

Ok. Hari Sabtu dan Ahad sibuk kat kerja. Tak sempat pon menari-nari kat dapur. Tapi malam Ahad tu saya balik kerja lewat tau. Dalam jam 12.30 malam macam tu lah. Kalah Cinderella tau. Balik kerja tanya en.beliau dia cakap lapar sebab tengahhari tu dia makan biasa-biasa jer. Tak makan nasi pun. Lalu kami beli lauk tomyam balik rumah saya masak ayam goreng kunyit again plus telur dadar. Gigihnya saya masak oiii. Jam 2.20 pagi makan nasi okey.

Ehem. Ehem. Alhamdulillah lega bila tengok suami tidur kekenyangan. Terus keletihan ini hilang.
 #Ewahhh ewahhh. Sorok muka lah bawah tudung saji.


Friday 17 May 2013

Lepak di hujung minggu di Pantai Batu Buruk

Salam uollss.

Sekarang neh kalau keesokan harinya tak keje mesti kami keluar lepak kat Pantai Batu Buruk. Keluar lepak- sembang-sembang - tengok gelagat orang - komen pasal kereta orang kan. Hakhak. Nak buat macammana asben aiollss neh bersifat burung hantu. Ada penyakit tak bleh tido awal kan. Sampai dengan bini dia sekali berjangkit selagi jam tak merangkak ke 1 pagi mata mesti tak ngantuk lagi kan.

Kadang-kadang kalau nak jimat kitorang bawak bekal. Yelah penat-penat sembang boleh minum dan mengunyah kan. Bekal makanan ringan-ringan jer. Tak kan nak bawak bekal nasi berlauk pulak kan.

Terima kasih tupperware hijau dan bocong air panas yang tahan hingga lima jam hadiah perkahwinan pemberian anak murid.


Pantai Batu Buruk sangat happening tambah-tambah kalau hujung minggu. Memang ramai mat-mat moto dan kereta lepak situ. KFC 24 jam pun dekat. Malam tadi pegi KFC sebab ada orang teringin nak makan burger kan. Nasib baik menghormati aiolss yang boikot MCD jadi sebelum parking kereta singgah KFC nak beli burger tapi kena tunggu setengah jam pulak. Owhhh. Time nak makan ni la dia buat hal kan. Malas nak tunggu kan beli set Dinner Plate jer. 1st time rasa ayam perasa korean apentah tuh. Sedap jugak kan.


Suka jugak sebenarnya keluar lepak macam tu kan. Tapi yelah aiolss bukan kaki lepak pun. Dulu masa bujang balik kerja je terperuk kat rumah. Bukan suka keluar malam-malam pun. Setakat keluar pegi pasaraya atau pasar malam je lah. Malam minggu pun banyak lepak kat rumah. Kontra sangat dengan en.beliau neh. Terbejangkit pulak kat saya kan.

Kitorang keluar pun jam 12.00 ke atas. Kadang-kadang jam 1.00 pagi baru keluar. Masa tu tak lah padat sangat manusia walaupun kereta penuh tersusun still ada ruang untuk parking. Lepak punya lepak tengok jam dah dekat kul 2.30 pagi.

"Jomlah balik, tengok dah takde orang perempuan kat sini" saya bagi alasan padahal mata dah ngantuk sangat dah.
"Lor, biar lah takde orang perempuan pon. Takde pon dia letak signboard perempuan tidak dibenarkan berada di kawasan ni selepas jam 1.00 pagi"

Fine.Fine.Fine.

Jam 3.00 pagi baru balik rumah. Sampai rumah naik tangga dengan mata terpejam daaa..




Hadiah hari guru terindah

Salam uollss..

Saya rasa inilah pengalaman yang paling mengebest sepanjang bergelar pendidik. Bila pelajar-pelajar saya mendapat momen yang membahagiakan mereka dan membanggakan saya. Sungguh rasa bahagia sangat dengan perasaan ini. Ewaahhh kemain kan. Alhamdulillah Tuhan mengurniakan rasa ini. Kerana sebetulnya saya tak pernah terfikir rasa ini akan wujud. Semuanya atas kehendak Tuhan kan.

Eh! Apesal mukadimah macam misteri kemain jer neh. Rasa perasan bahagia bangga apekah semua ini??


Ok. Ok. Ok...

Minggu lepas adalah hari graduasi bagi universiti kami MSU. Dan yang paling penting adalah graduasi pertama bagi program yang saya ajar neh. Ok. Tak sangka sangat aiolss masih dapat merasa momen indah itu walaupun tak berada di tempat graduasi kan. Mungkin korang rasa 'alah, setakat graduasi je kot'. Eh, korang tak tahu pengalaman yang kami lalui bersama suka-duka-kejar-mengejar*mengejar student hantar esemen. Hakhak. Itulah. Dah nak masuk empat tahun. Rasa macam sekejap jer masa berlalu.
Serius saya tak pernah terfikir pun akan menjadi seorang
pendidik. Tapi mungkin Tuhan dah gerakkan hati sanubari saya plus doa dari mak yang asyik berzikir di bibir suruh anaknya jadi cikgu kan. Nah mak. Ambe jadi cikgu tapi cikgu untuk budak besar neh. Heeee..


Dan inilah kot bayaran untuk kesabaran saya selama ini. Lepas ni kalau nak tukar position lain pun saya dah rasa lega dah. Heee. Dulu saya pernah kecewa bila kejadian-kejadian yang menguji kesabaran saya terjadi. Terus rasa nak tukar kerja dah. Taknak jadi pendidik dah. Tapi itulah. Semuanya atas kehendak Tuhan kan. Sebab saya pernah berkata pada diri saya yang saya akan lega untuk pergi dari situ bila dapat lihat pelajar saya bergraduasi. Dapat tengok sorang pon dah cukup. Now dah berlumba-lumba graduasi kan. Sorang demi sorang meninggalkan alam diploma kan.**Err..boleh ke nak korang masuk kelas balik???Muahaha.


*Rindu suasana kelas bila dua orang pelajar tu macam kembar siam asyik duk sebelah menyebelah jer. Duk belakang sekali sebelah kiri saya. Eh, macam kerusi tu ada magnet jer ngan korang kan. Masuk kelas je mesti melekat kat situ. Hahak.


*Pastu rindu jugak bila awak ada masalah datang menangis jumpa saya mengadu kat saya. Eh,maksudnya bukan saya suka tengok awak nangis tau, cuma suka bila saya menjadi tempat untuk awak share masalah.

*Lagi rindu bila setiap kali jalankan aktiviti dan program tengok muka masing-masing enjoy jer* Errr..tu pun bagi aktiviti yang enjoy la kan.

*Rindu jugak bila akhir-akhir sem ramai-ramai datang jumpa tak putus-putus datang nak hantar projek dan esemen. Yang hantar lambat macam-macam alasan lah - kena beratur ramai nak print, pendrive masuk virus habis semua esemen hilang dan alasan-alasan lain kan. Aiolss redha hari tu masa belajo pon pernah jugak guna taktik tu. hakhak.


*Rindu saat suka duka stay back untuk settlekan final project terutama first batch kan. Sebab pengalaman pertama kan. Siap bukak puasa kat Taman Shahbandar lagi. Owhh. Bolehkah masa itu dikembalikan??


Ok. Banyak lagi kerinduan-kerinduan lain yang tak tercatat disini tapi tetap tercatat dalam memori di kepala saya sampai bila-bila. Okeh.


Di kesempatan ini saya ucapkan
TAHNIAH
buat SEMUA PELAJAR atas kesungguhan masing-masing dan
semoga BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.
TAHNIAH buat yang dah bergraduasi.
Yang belum tu tekadkan AZAM untuk buat sehabis BAIK.
Maafkan saya atas SALAH SILAP TERLANJUR GURAUAN dan lain-lain.

Kredit to : Sebahagian dari gambar  yang saya berjaya curik dari fb korang =p


Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Guru!!

SELAMAT HARI GURU!!

Selamat hari guru buat cikgu tadika yang ajar saya eja nama sendiri. Yang tumpangkan saya ke sekolah sebab saya tak pandai lagi lintas jalan. Yang denda budak pompuan bertocang yang lempar poster ABC kat saya. Terima kasih.

Selamat Hari Guru buat cikgu sekolah rendah. Yang ajar matematik sampai saya dapat A masa UPSR walaupun sering dapat D masa ujian dan periksa. Yang rela luangkan masa malam-malam adakan kelas tuisyen untuk pelajar yang tak mampu ambik tuisyen luar. Yang usung saya ke bilik rawatan masa hidung saya berdarah, walaupun saya mampu jalan sendiri. Ustaz yang ajar kami solat lima waktu itu wajib.
Terima kasih.

Selamat Hari Guru buat cikgu sekolah menengah yang kenalkan saya dengan bahasa Al-Quran. Ustazah yang pernah rotan saya kerana lambat ke solat berjemaah. Cikgu akaun yang tak putus-putus suruh buat latihan sampai saya dapat A. Cikgu koperasi yang pernah belanja saya kerepek sira. Ustaz yang sampai akhir tahun panggil nama saya Faizah. Terima kasih.

Selamat hari guru buat pendidik di KMKN. Yang buat kami rasa macam beliau mak ayah kami. Yang selalu bagi semangat supaya kami tak stop separuh jalan. Yang ajar ilmu akaun dan ekonomi. Yang ajar bahasa mandarin walaupun just basic. Yang ajar saya jahit baju dan berjaya hasilkan sepasang baju kurung sendiri. Terima kasih.

Terima kasih pendidik di USM Penang. Yang kenalkan saya dengan art & design. Yang suka mengajar bersila di muzium sambil dedahkan kami about the real of arts. Yang dedahkan kami dengan shooting yang buat kami tempuh macam-macam pengalaman penuh emosi. Yang bagi kami pelbagai ilmu baru yang belum pernah kami kenal. Terima kasih.



Terima kasih buat satu-satunya pendidik foreigner sepanjang perjalanan hidup saya. Yang jadi pendidik di Anim@TER. Yang ajar saya melukis dengan betul. Yang ajar buat animasi sampai berjaya. Rindu nak dengar sir sound nama FISA. Terima kasih.


Dan buat semua pendidik-pendidik sepanjang saya mencari ilmu. Jasa dan budi kalian hanya Tuhan yang mampu membalasnya.

Dan SELAMAT HARI GURU buat rakan-rakan seperjuangan saya. Moga Tuhan tabahkan hati kita mendepani pelbagai ragam dan kerenah pelajar.

Errr..Lastly SELAMAT HARI GURU buat diri sendirik. Bai!


Ari tu pernah menang contest KENANGAN ZAMAN SEKOLAH. Jemput baca yer.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...