Para Pengikut..

Sunday 27 May 2012

Menghitung hari ke Vietnam.


Salam uoolss.

Tak boleh bla baca tajuk entri macam tajuk cerita pendek budak sekolah rendah umur 9 tahun. Phewwww.


Hujung minggu paling memenatkan. Yer.


Sebab hari Isnin (esok) saya akan ke negara luar. Jadi awal-awal dah saiko en.beliau .
"Takpela awak tak dapat hantar kite pon. Kita tak kisah.
Yang penting awak doakan kita selamat pergi dan balik"

 FINE!


TAPI..Sebenarnya dalam hati bisikan berlawanan.

Jadi tahniah en.beliau berjaya disaiko oleh saya. Balik jugak dengan harapan untuk menghantar si isteri berpergian. So, beliau plan nak balik hari Ahad dan hari Isnin mintak cuti. Itulah alkisahnya...

Tapi..

Sebab bos kamu baik hati dan dia tahu cuti kita tak sama jadi dia bagi cuti start hari Jumaat. Thehe. Terima kasih bos kamu. Moga makin murah rezeki bos kamu ..errr.. dan rezeki kamu en.beliau =)

Kebetulan pulak ayah sedara masuk hospital sebab darah tinggi. Petang jumaat sampai jer en.beliau dan sepupunya terus kami berkejar ke Besut pula melawat ayah sedara en.beliau tuh.
Elok-elok sampai Besut ayah sedara dah boleh keluar wad. Huhu.
Siap ajak pergi Air Terjun Lata Belatan. Sebab saya tak bawak baju lebih jadi tak merasa air terjun yang sejuk tu la. Kemudian diorang pulak sebab tak puas hati dapat mandi sekejap kat air terjun tuh ajak pulak ke La Hot Spring.

Pertama kali ke kolam air panas La Hot Spring. Sangat Hot seHot namanya. Celup kali tak sampai satu saat dah rasa pedih macam tertumpah air panas. Dah nama kolam air panas kan.

Ok. Lepas tunaikan permintaan ayah sedara terus balik ke Kuala Terengganu dengan penat tak sudah-sudah. Sampai rumah jam 11 malam tak boleh tido pulak. Apa lagi sumbatla semua baju-baju dalam beg sandang. Tapi sempat siapkan 50% saja kemas mata dah tak boleh bukak. Malam nanti pulak la jawabnya.

Ok. Dah. Dah. Nak balik sambung packing baju. Daaaa...



Esok berlepas ke Vietnam. Jumpa lagi kita 03 Jun nanti.
Opsss. Harap-harap dapat wifi kat sana. Thehehe.

Tuesday 22 May 2012

Rezeki di bulan Rejab.

Alhamdulillah.

Hari ni dah masuk Rejab. Tak lama lagi Syawal menjelang. Wah. Tak sabar nak jumpa Syawal. Beraya sebagai seorang isteri. Harap tahun depan dapat beraya sebagai seorang mama puleks. Thehehe.

Alhamdulillah rezeki bulan Rejab muncul. En.beliau dah bertukar kerja ke Kuantan. Jadi kami dipisahkan oleh tiga jam perjalanan menaiki kereta. Hari tu masa beliau kerja kat Dungun satu jam pecut dah sampai. Tiap-tiap minggu boleh balik. Sekarang tak boleh la balik tiap-tiap minggu. 
Takpela jauh kalau untuk kebaikan kami bersama. Kan awak? (ayat memujuk diri sendiri) 

Alhamdulillah jugak sebab awak dapat bos yang baik hati. Yang penting dia orang Melayu jadi confirm la dapat cuti raya lama. Muahaha. Tahniah awak. =)

  Dua bulan, satu minggu, enam hari.

Monday 21 May 2012

Tutorial Adobe Photoshop : Teknik Menghidupkan Gambar.

Salam uolls.

Ok. Hari nie saya nak kongsi dengan korang semua cara-cara untuk bagi gambar lebih cantik dan terang dari gambar asal. Terutama buat pengantins yang pastinya korang ada ratus-ratus gambar dan tentulah tak semua gambar ditempek di custom album oleh op anda kan. Jadi mestila korang decide nak cuci jugak gambar kat kedai atau tempah photobook. Jadi sebelum korang pegi cuci tu sila la edit skit gambar tu bagi efek menarik sikit. Theehheee.

Gambar asal sebelah KIRI. Guna digital camera. Gambar KANAN setelah edit. Guna Adobe Photoshop.


Yang penting untuk edit korang harusla ada software Adobe Photoshop tau. Mudah jer. 

Mula-mula Open gambar.


Kemudian adjust sharpen.
Kat menu tab pilih Filter > Sharpen > Sharpen.

Lepas tu korang kena Duplicate layer asal iaitu layer Background.
Cara nak duplicate ialah right click pada layer Backgroud pastu pilih Duplicate Layer. Pastikan keluar layer baru iaitu layer Background copy.

Pada layer Background copy tadi tukar mode dari Normal kepada Soft Light. Tak tahu kat mana mode? Korang teliti gambar bawah tengok atas layer Background copy tu perasan tak perkataan Soft Light? Haa. Situlah nak kena tukar. Tak perasan jugak tak tahulah hakak.

Kemudian Duplicate lagi layer yang dah di-soft light kan tadi. Cara Duplicate sama la macam atas tadi ok. Lepas tu pegi ke menu tab pilih Filter>Blur>Gaussian Blur

Sekarang akan keluar palet Gaussian Blur. Setkan Radius kepada 10 Pixels.

Sekarang korang kena tukar mode daripada Soft Light tadi kepada Overlay
 dan ubah Opacity menjadi 20%.


Dah settle ubah atas tadi kena duplicate layer tersebut. Then tukar mode dari Overlay kepada Color Dodge dengan Opacity 10%.


Ok. Dah siap!!!

Ni gambar asal tanpa edit.
 
 Ni gambar lepas edit.

Semudah ABC kan. Ok. Kalau tak paham boleh pm saya. Daaaa.

Friday 18 May 2012

Cinta si tukang kasut.

Salam uolls.

*Tajuk sebijik tak sama dengan entri. Bai.


Selamat hari Jumaat. Ok. Hari ni mari cerita tentang kasut dan sandal. Bukan cinta si tukang kasut okeh. Bertuah en.beliau sebab saya bukan kaki kasut yang suka habiskan duit beli kasut setiap bulan atau setiap minggu. Saya hanya akan beli kasut atas situasi-situasi tertentu sahaja.

Situasi 1
Bila rasa kondisi kasut agak tak selamat dah. Contohnya kalau tumit kasut sebelah kiri macam tak berapa nak stabil dah sedangkan yang lagi sebelah ok jer. Jadi untuk mengelakkan terjatuh tersepak batu sebab jalan tak stabil baru la bersedia untuk beli kasut baru. Especially kasut opis. Kalau tak kerana kasut menggelupas (boleh ke?), terkeluar jari sikit atau tumit dah agak-agak goyang memang tak kan la beli kasut baru. Atau selagi tak tergelincir sebab tapak kasut dah jadi flat licin takde geseran langsung selagi tu la setia dengan yang satu. Auwwuuu. Setia konon.

Situasi 2

Bila agak-agak dah lama sangat pakai kasut tu sampai naik bosan. Kalau kasut tu boleh cakap sure dia dah sound sedas ‘Aku ni dah letih sangat dah weiii”.. haha. Fikiran ke laut. Eh, kadang-kadang tak jugak. Kadang-kadang sampai en.beliau sound “ Tiap kali keluar pakai kasut nie. Awak takde kasut lain dah ke?” Muahaha. Buat muka sedih. “Mana ada kasut lain dah. Ni pun awak yang beli lima bulan lepas kan”. Haha. Ayat mintak simpati kan.

En.beliau beli sebab tengok sandal saya pakai dah menggelupas. Muahaha. Sempoi kan pakai sandal menggelupas. Kau pernah ke? Kasut ni sangat comel dan opkoz sangat selesa. Sampaikan kemana pergi asyik pakai kasut ni memanjang. Sampai hari tu hampir-hampir tergelincir sebab tapak kasut dah tak nampak bunga-bunga. Adoi.


Situasi 3

Tak suka membazir beli kasut sebab saya jenis setia pada kasut yang latest. Means kalau kasut A elok lagi then beli pulak kasut B, mesti kasut A tadi akan disimpan elok dalam rak sampai ke sudah tak pakai. Sampai berhabuk tiga inci. Pakai la pulak kasut B sampai kasut rosak ke bla bla then macam tu la seterusnya. Sampai terkejut en.beliau bukak rak kasut ada kasut A,B,C,D blablabla.

Hari tu kaw-kaw en.beliau berleter. Hanya kerana kasut-kasut terbiar berhabuk dalam rak kasut tuh. Yela. Sebelum ni dia tak pernah bukak rak kasut tengok apa yang ada dalam tu. Hari tu dia cek tengok kasut-kasut yang ada berhabuk seribu. Tula pasal. Sebab setia pada yang satu punya pasal. Now, kena selongkar la rak kasut dan dalam stor kot ada kasut yang masih elok. basuh dan pakai. Puas hati awak kasut.


Ni pun sandal hasil ayat mintak simpati (psttt. Dua bulan lebih inai masih merah yooo). Bila dah dapat yang ni yang atas tadi terus simpan dalam rak. Walhal masih boleh pakai. Ayoooo. Last-last sandal mengamuk sampai jadi tahap horror sangat. Nampak tak sampai batu boleh terbenam dalam tapak kasut.

Batu bukan sebarang batu. Batu tu siap boleh wat main batu seremban hokeh. Patutlah i rasa tapak kasut macam something wrong jer. Sabar je la.


Ok. Sekarang dah serba salah. Patut ke saya bagi ayat mintak simpati lagi? Adoi... 



Thursday 17 May 2012

Dewi Sandra - Kapan Lagi Bilang I Love You (Lagu tema drama Mahabbah)




Lagu tema drama Mahabbah. Siapa tengok drama tu sila angkat tangan. Touching you. I siap lap air mata meleleh-leleh. Dah la si Asyraf tu sangat comel. Tambah comel bila dia bahasakan 'kita' kat mama dia. 
"Mama tidur sini tau. Kita nak mama peluk kita"
Nak ajar anak bahasakan 'kita' jugak boley??Ahakz. 



Tuesday 15 May 2012

Pregnant kah?

Salam uolls..

Toleh-toleh daisypath kat sidebar belog. Wah. Dah dua bulan lebih rupanya berstatus puan. Dan seperti lazimnya la soalan yang seringkali ditanya adalah "dah berisi ke?". Itulah. Acapkali dah dengar soalan kiri kanan tanya. Sampai tak terjawab dibuatnya.

Itu hari balik kampung ada sepupu en.beliau tanya 'Fiza nampak makin berisi, ke dah berisi?'.  Fuh. Again. Tak tahu la saya ni berisi tang mana. Sebab tiap kali timbang berat tak berganjak pun. Agaknya penimbang rosak kot. Jadi senyum simpul je la jawab pertanyaan dia.

Kadang-kadang sedih jugak. Yelah. Bila orang tanya acap kali makin mengundang kesedihan kita la. En.beliau pun ada pesan. 'Jangan ikutkan sangat rasa sedih. Memang lumrah manusia tak lepas dari suka tanya sampai mereka puas hati. Bila diorang tanya kita senyum aje la'.

Jadi lepas ni jawab persoalan dengan senyuman la.

Lepas tu semalam pulak ada kakak adik angkat saya mesej. Tanya soalan malatop giteww "Fiza dah alahan ke?". Adohai. Pregnant pon belum macam mana nak alahannya ahkak woi. Sabar je la. Then akak tu reply lagi..

"Fiza tak apelah baru lagi. akak ni enam tahun dah. Macam-macam hinaan orang bagi ke akak ni. Cakap akak sengaja tak nak beranak sebab tak puas enjoy. Sedangkan diorang tak tahu macam mana perasaan kita". Sebak rasa baca mesej ahkak. Yela. Nak buat macam mana kan. Manusia macam-macam ragam. Ada yang tanya sebab concern. Ada jugak yang tanya sebab nak sakitkan hati. Sedangkan mereka tak tahu apa yang bersarang dalam hati kita. Suka buat andaian yang bukan-bukan.

Sama macam Fasha Sandha yang dengar khabar dua minggu pregnant. Macam-macam la buat andaian yang bukan-bukan. Paling menyampah yang buat andaian negetif. Yang macam tau semua perkara sedangkan tak tahu apa-apa. Kan. Apa kata duk diam renung kelemahan diri sendiri daripada duk fikir yang bukan-bukan tentang orang lain.

Ok. Apehal pulak tiba-tiba duk emo pasal Fasha Sandha pulak. Thehe. Ok. Nak balik dah. Daaa..


Monday 14 May 2012

Eira Syazira pregnant.



Salam uolls.

Lately kerap sangat dengar kawan itu pregnant, kawan ini pregnant. Bestnya korang. Tahniah buat bakal-bakal ibu. Semoga Tuhan percepatkan rezeki anak untuk kami jugak. Amin.

Then baru tahu tadi pelakon Eira Syazira pon pregnant. Bestnya. Tahniah2.

Suka sangat tengok dia ni berlakon. Sangat menjiwai watak baik watak sedih, kelakar atau antagonis.
=)

Tuesday 8 May 2012

Adik ipar oh adik ipar

Salam uolls.

Korang ada adik ipar tak ? kalau dapat pasangan bongsu konpem la takde adik ipar kan. En.beliau anak sulong. Jadik saya ada la adik ipar. Sorang laki dan tiga pompuan. Yang bongsu darjah satu. Hari ni nak story kisah adik ipar yang bongsu. Yang macam-macam kerenah. Jenuh tau i nak melayannya.

Ok. Sebab en.beliau anak sulong secara tak langsung saya dipanggil Kak Long la. Tapi yang bongsu je la panggil Kak Long sebab yang lain dah 6 tahun terbiasa panggil Kak Fizah. Yang bongsu ni nama Sajidah.



Weekend lepas saya balik kampung. Jadi berkesempatan la mendengar si Sajidah ni bermacam-macam kerenah.

Sajidah : Kak Long, sebab apa Kak Long panggil abang (en.beliau) b?
Saya : Dah, takkan kak long nak panggil z pulak. Panggil b la.
Sajidah : Kalau macam tu Jidah pun nak panggil abang b jugak la.
Saya : (speechless) Tak boleh Jidah.
Sajidah : Sebab apa pulak tak boleh. Dah Kak Long boleh panggil. Tak aci la.
Saya : (dapat idea) Jidah kena panggil abang la sebab abang kan abang Jidah. Kak Long tak boleh panggil abang sebab dia bukan abang kak long.
Sajidah : Ooo. Takpela kalau gitu. Jidah panggil abang je la.

Thehehe. Speechless jugak kadang-kadang melayan budak neh.


-Sajidah-

Ni masa umur dia satu tahun. Sekarang dah tujuh tahun. Cepat betul masa berlalu.


Monday 7 May 2012

The making of Outdoor Photoshoot

Salam uolls

Alhamdulillah. Dah hampir dua bulan bergelar isteri Mohd Zulriduwan bin Othman. Hari ni nak mengimbau kenangan outdoor photoshoot session pulak. Kemain kan. Hari ni baru terhegeh-hegeh story. Nak buat macam mana. Time takdak idea ni la masa nak flash back kan.


Penat kot berphotoshoot. Lepas penat tunggu pengantin laki, penat tersenyum-senyum atas pelamin, penat cover masa makan beradap, penat duk layan kerenah-kerenah macam-macam. Lepas tu Asar. Lepas Asar penat berkejar-kejaran untuk ke lokasi. Nasib baik ada Cik Yatie. Drive kereta Cik Yatie menuju lokasi.
Pastu Jojo pun gedik nak ikut. Sebenarnya saya gedik ajak sebab nak dia snap gambar behind the scene. Melompat la Jojo kesukaan sebab dah memang kaki suka berjalan. Kan Jojo.

Ya. Gambar-gambar di bawah adalah hasil capture by Jojo. Mekasih Jojo.  

Jadi gambar kebanyakkannya tidak pandang tepat camera Jojo. Sebab duk fokus kat OP kan. Tapi Jojo tetap semangat snap. Yeah. Jojo. Kau mampu jadik photographer amatur. Terharu tak?


Penat duduk. Berdiri. Duduk. Berdiri. Nasib baik en.beliau tak meragam (bajet en.beliau anak umor 3 tahun kan). Biasala en.beliau tak suka sangat bergambar kan. Tengok jela tiap kali saya snap gambar enterprem peace mesti dia sound 'Rosak la hp tu nanti'. Yeah. Tapi buat muka tak paham. Buat muka tak bersalah. Uwekk.
Berjayakah en.beliau mengangkat beban seberat 50 kg.
Mari kita saksikan...

Yeahaaaa. Tahniah.
Ni kena paksa berlari pulak dalam rumput setinggi peha tu. Habisla beading baju tersangkut pada rumput dan lalang. Ampunkan saya empunya butik pengantin.



Auwww. This time sebab kesian kat Jojo jadi kami pandang dia jugak. Suka la tu kan.


Tension nak baling. Sebab bila saya baling hb mesti hb tu terbang ke belakang. Macam mana nak sambut kan. Dasar tangan senget kot. Akhirnya en.beliau sendiri baling sendiri sambut.


Kesinambungan dari part kejar-kejar tadi. Lari sungguh-sungguh hati.

Silau. Panas. Terik.

Bob my OP.

Kekawan yang gumbira join jugak outdoor. Best-best korang ada. Rindu korang ketat-ketat.


Yeah. Agak-agak siapa yang bakal menyusul saya?



Rupanya korang senang hati lepak hirup udara segar yer.
Cemak, Ani dan Rose.

Rifqy datang jugak. Ayah photograper maka anaknya mestilah pandai bergaya.



Dan inilah yang dinanti-nanti. Tukang snap gambar behind the scene.
Sempat lagik kau berphotoshoot kan.



Wednesday 2 May 2012

Wordless Wednesday


Ayah, please don't laugh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...