Para Pengikut..

Sunday 15 January 2012

Plan hari ini

Salam uolls.

Wah. Hari ni sungguh penat. Seperti mengikut Plan untuk esok entri semalam, hari ni kental la meneruskan misi. Paksa en.beliau cuti sehari. Sebab nak ajak bff tiba-tiba dia pulak ada hal. Sob.


1. Tempah wedding card.

Okes. Baru boleh bernafas lega. Tapi tak lega sepenuhnya selagi kad tiada depan mata. Atau selagi kad tak sampai ke tangan tetamu jemputan. Hmm. Sebelum ni saya dah aim satu kedai neh. Harga ok jugak la. Then saya compare dengan online shop tetap kedai tu murah (yes, memang kualiti kertas biasa-biasa saja tapi saya masih boleh katakan ia sangat berbaloi). Sebelum pergi kedai tu hari ni terjah lagi dua buah kedai. Kualiti kertas yang sama saya boleh dapat jimat 20sen untuk satu kad. Jimat kan. Tak rugi kita survey banyak kedai buat muka tak bersalah tanya harga kad semua then blah. Yang penting kita dapat pilihan yang terbaik *BUAT KITA.


Kad simple jer you. Yang paling suka ada sekor rama-rama =)

**28 Januari Insya Allah kad siap.Yeay!!

2. Beli kain langsir.

Semalam ralit duk online then tertido. Sampai tak terukur tingkap dan pintu segala. Macam mana nak beli kain langsir. Sob.

3. Tempah baju.

Yes. Ini pun selagi paper bag berisi kain lace tu semua masih tersimpan elok dalam lemari selagi tu la fikiran asyik terbayang mesin jahit. Dan tadi tak tangguh lagi terus hantar tukang jahit. Tapi hantar ke tukang jahit yang biasa-biasa saja. First time hantar kat beliau. Dan saya harap beliau tukang jahit yang sejiwa dengan kain yang saya hantar.

4. Beli cat rumah.

Yang ni surrender. Serius tak reti pilih. Help me my bro.

5. Beli something for doorgift.

Terima kasih en.beliau. Awak sangat pandai mengkomen. Adoiii. Doorgift dah beli. Tapi sebab takde stok dapat tak sampai 200pcs. Ok. Fine. Semua tetamu akan dapat item yang berbeza.

Ok. Done with the next wedding preparation.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...