Para Pengikut..

Friday 13 January 2012

Plan untuk esok

Salam uolls.

Kemain kan siap tulis plan untuk esok dalam blog. Dah macam diari bertulis dah. Eh, tapi memang betul la belog ni ibarat diari jugak la. Diari online kan.

*Susunan mengikut keutamaan.

1. Tempah wedding card.

Actually hari tu saya dah tempah. Tapi sebab lupa bawak sample card untuk peta ke rumah pengantin jadi baru esok nak terjah semula.Card pon dah pilih, dah booking bila nak ambil dan bayar deposit. Wah. Tak sabar tak tengok kad walimatul urus ada nama sendiri. Theeehee.

2. Beli kain langsir.
Ni lama tertangguh dah. Berbuih dah mak pesan suruh beli. Tapi tula. Asyik membizikan diri jer. Last-last esok jugak yang free. Nasib baik la akak jahit langsir tu depan rumah jer. Err. Tapi tak ukur pun lagi berapa meter semua. Tak fikir pun lagi warna apa nak pilih. Kira esok jumpa yang cantik harga berpatutan terus beli la tanpa survey banyak kedai. Sob.

3. Tempah baju.

Err. Kain lace tu saya dapat masa tunang. Kaler ala-ala cream. Esok baru nak tempah. Tapi tak decide lagi nak buat style yang macam mana. Maybe kurung moden jer kot. Cuma tak tahu nak pakai untuk apa. Outdoor shoot atau bertandang. Okey. Macam mak cakap la kot. Buat siap dulu. Kang dah siap dah sampai masa baru fikir nak pakai untuk event apa. Hadoii.

4. Beli cat rumah.
Mak dah pesan kat my bro suruh beli. Tapi dia asyik sibuk jer. Last-last saya jugak yang kena beli esok. Tapi saya bukannya reti bab nak pilih warna. Nak tanya tuan kedai bukannya dia tahu. Lain la kalau tanya tukang cat rumah mesti dia tahu kan. Adoi. Cuma sekarang ni color soft green and soft pink je terbayang di kepala.

5. Beli something for doorgift.
Yang nie saya nak terjah satu kedai yang jual peralatan dapur neh. Sebab dapat members card. So, hope dapat something yang menepati budjet =)

Ok. Dah. Dah. esok hanya ada 24 jam sahaja. Tak kan nak list macam esok ada 100 jam. Adoi. Hope boleh terjah semuanya supaya my mom berenti dari asyik tanya pasal langsir, cat, doorgift, kad, langsir, kad, cat. Heuwwww!*Sigh.


3 comments:

  1. bz nya..xpe kalau xsempat esok,ari ahad ada..wedding bile?

    ReplyDelete
  2. Siti : wedding kita 10mac.ahad dh cuti.dats y kena settlekan esok =)

    lysa : tq dear!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...