Para Pengikut..

Friday 30 December 2011

Edisi membebel di hujung minggu

Salam uolls.

Oh. Rasa macam dah dua-tiga tahun tak ber-blog. Sedangkan baru 2-3 hari. Harap anai-anai tak sempat berumah di sini. Apa kes awal-awal dah libatkan anai-anai.

Enti saya sebelum ni dipinjam oleh budak tecik Awwal. Sweet jugak kalau anak sekolah rendah dah ada blog.

Tajuk : Mama is the best.
Hari ni mama masak best sangat. Along (blog anak sulung) bawak bekal pergi sekolah. Best fren along rasa masakan mama. Dia pun cakap best. Cikgu pendidikan seni along pun rasa. Dia pun cakap best. Mama memang best la. Masak megi pon semua orang cakap best. ^___________^
**Haha.
(Takpe. Mama mengerti. Budak-budak memang jujur tak reti menipu)

Lepastu kalau baru balik dari bercuti atau balik kampung atau hari raya atau kenduri kendara yang kena update cherita panjang lebar senang jer. Dah tak payah taip segala mak nenek dari A sampai Z dah.

Tajuk : Aidilfitri kali ini.
Tahun ni beraya di kampung my hubby. Kalau nak tahu cerita lanjut sila klik blog anak kami yang comel. Senang kan. Malas taip link je ke blog anak tercinta. Janji anak tercinta rajin update blog. Haha.

******
APESAL TETIBA TOPIK ANAK DAN BLOG???
*****

Berbalik kepada aktiviti hujung minggu. Di entri Awwal dia ada cerita ibu yang baik hati bagi kat saya segala hantaran mak nenek zaman dia kawin dulu. Masih dalam keadaan elok. Cuma kazen dulu tema brown. Now saya just tukar renda ikut tema saya. Mudah. Jimat. Tak perlu beli baru. Lepas ni let go pada sepupu yang naik pelamin lepas saya.

Now hantaran untuk pihak laki dalam 50% dah siap. Cuma hantaran untuk pihak perempuan saya tak buat apa-apa lagi. Masa pun dah makin singkat neh. Tak boleh main-main dah. Setiap kali ada masa terluang harus tangan bergerak. Noted. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...