Para Pengikut..

Sunday 6 November 2011

D.I.Y | Hasilkan bunga menggunakan recycle paper.

Salam uolls..

Tajuk skemas tak hengat.

Salam Aidiladha semua. Hari ni mood melepak-lepak dirumah. Tunggu sesapa datang hantar daging sambil memenuhkan peti ais. Haha. Pastu dah masuk petang bosan gilak terus mengerjakan hobi baru. Ceh. Konon dah pandai buat terus jadikan hobi kan.


Bikin tissue flower banyak-banyak lepas tu tak tahu nak simpan tempat selamat dimana. Tempat selamat means boleh tahan lama in case nak kawin lagi setahun. Owhhhh. Jugak tempat tersembunyi dari tikus. Manalah tahu dia ingat itu fresh flower terus dia gigit-gigit kejam. Eh, bila tikus suka fresh flower??

Kemudian jenguk bawah katil. Nampak kotak-kotak kasut. Psssst. Bukan kotak kasut saja tapi banyak lagi hadiah perkahwinan my sis. Dah berhabuk bawah katil. Saya harus cari katil yang tiada langsung ruang dibawahnya. Noted.

Bikin lagi dengan gigih. Misi petang ini untuk memenuhkan kotak kasut dengan tissue flower.

Ok. Cukup dah. Harap-harap bila sampai masa nak guna nanti kamu tak rosak. Duk dalam tu sopan-sopan tau. Jangan kemek sudaa. Sebab kamu sensitif jadi saya tak tahu nak simpan kamu kat mana. Sob.

Eh kejap. Bukan ke tajuk atas tadi buat bunga guna recycle paper? Apesal tiba-tiba cerita pasal bunga kertas tisu pulak?

Sebenarnya tadi masa geledah bawah katil yang semak-samun itu jumpa kotak kasut yang masih ada kertas dalamnya. Ala. Kan kalau beli kasut mesti ada kertas putih yang digumpal-gumpal tu. Mula-mula ingat nak buang je. Tapi bila belek-belek tengok texture macam kertas tisu jugak. So, i dengan gigih bikin bunga guna kertas itu | recycle paper.

Guna step yang sama jugak. Nak tahu tutorial taip jer kat google STEP BY STEP MAKING TISSUE FLOWER kat mana-mana blog, web atau youtube. Atau taip jer TUTORIAL DIY BUNGA TISU. Atau apa-apalah yang sesuai.


Hmm. Tak pasti untuk apa bunga-bunga ini akan digunakan. Tak pasti jugak bila ia akan digunakan. Yang pasti saya dah ringan tangan untuk menghasilkan tissue flower.

Selamat men-DIY kawan-kawan.
=)






6 comments:

  1. kamu, sesungguhnye kamu sangat rajen! nnt tempah dgn kamu bleh? hehehe~

    ReplyDelete
  2. patot la senyap je lam bilik.. mu menghasilkan menda comel nie rupenyeee... kih3

    ReplyDelete
  3. Dida : haha.rajen la time busan kamu!nak tempah ke?lalala.sy wat hudos je.heee.

    ReplyDelete
  4. Hafiz Hafozol : heee.tula.comel kan.mcm sy jugek.

    ReplyDelete
  5. mcmana nk buat ni?ajar sayaa..sukaa (*,*) hehe

    ReplyDelete
  6. anis : alamak.iza search gooogle diy bunga tissue.xpun search kt you tube..=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...