Para Pengikut..

Thursday 13 October 2011

Drama Jiwa dan Lara

Salam uolls.


Siapa suka cepat angkat tangan.


Cerita ni betul-betul potong suspen haku la. Semalam elok-elok je mamat hensem yang jadi watak antagonis si Aaron ni bunuh dua beranak. Tiba-tiba episod malam tadi dia dah tua dah. Hadoi.
Semalam aku tak lena tido pasal terfikirkan episod seterusnya. [lempang kuat-kuat].

Bukan main lagi aku terfikirkan mungkin si Mar anak Tuan fakir tu pura-pura mati. Sebab dia macam watak yang kental sikit kan. Lepas tu orang gaji dia selamatkan dia. Kemudian dia ceritakan pada doktor a.ka. kawan baik ayah dia tuh. Mungkin lagi dia dan doktor tu pakat sama-sama untuk cari bukti untuk hapuskan si Zaman keparat otak berkarat tuh.


Lepas tu Lara pun macam Jiwa yang belum mati tapi diselamatkan orang asli . Bajet semua dalam hutan orang asli tinggal kan. Kemudian Lara terjumpa Jiwa lalu terbongkarlah semua kejahatan Zaman. Kemudian mereka sama-sama pulang ke kampung untuk selamatkan Tuan Fakir dan Mar.


BAJET KAU PENULIS SKRIP KE HOI!!!


Tup-tup episod malam tadi lain bebenor.100% beza dengan skrip yang aku tulis (atas tadi). Zaman dah tua beruban dah. Anak dara dia tu anak yang Mar kandungkan tu kot eh? Entah. Atau dia kawin lain. Atau dia ambik anak angkat. Entah. Pandai kau eh encik penulis skrip buat cerita macam ni.
Tetiba episod malam tadi muncul pulak watak-watak baru. Ala-ala romantik la pulak. Tak boleh bayang aku tiba-tiba ada mamat berdarah dahi masuk dalam kereta suruh bawak balik rumah. Mau ayah kejar dengan senapang patah. Haha. Si Asmara la tu. Tapi misteri jugak la dia ni. Penjenayah macam Zaman jugak la. Agaknya Shah Jazle kot sebenarnya anak Zaman ni. Yela macam peribahasa 'bapak borek anak rintik'. Kejadahnya tetiba kaitkan dengan peribahasa.
Pastu hadiahkan rose hitam. Misteri la sangat kan. Yang aku tahu -aku mengajar anak murid aku hitam tu kekadang membawa maksud nasib malang. Kan murid-murid.
Tapi aku suka last tu Jiwa muncul. Beruban jugak. Apa da hero ni. Dah tua-tua baru nak muncul. Nanti nak gaduh-gaduh dah tak larat dah. Hadoi.
Walaupun cerita ni potong saspen haku. Haku tetap menunggu untuk nonton episod seterusnya.


* Errr. Sebenarnya aku tahu tengok je. Citer ni dah episod berapa sebenarnya????




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...