Para Pengikut..

Friday 11 February 2011

Wedding Planner.

Owww...Terpaku saya melihatnya. Santek sungguh.

Pagi tadi seperti yang dijanjikan saya keluar menderap dengan adik angkat, Ila. Mula-mula pergi TTC sebab Ila bagitahu ada pameran pengantin. Jadi pergi ushar-ushar mana tahu dapat sumber inspirasi ke kan. Nak booking melampau la pasal tarikh tunang pun tak tahu lagi inikan pulak tarikh nikah. Haa.

Masuk jer TTC pengsan sekejap tengok pelamin santek kiri kanan. Tersangat santek dan mungkin tersangat mahal. Yela. Dah sewa untuk pemeran mahal haruslah dekorasi pelamin macam artis.



Ada satu pelamin tu kaler biru plus putih. Yer pelamin atas tu la. Santek kan kaler tu. Pelamin nie ala-ala taman laut la. Semua hantaran bermotifkan haiwan dalam laut, penyu, tapak sulaiman, udang dan macam-macam. Kreatif gilak diorang.

Lepas bosan pusing tiga empat kali kat kedai yang sama terus keluar menuju ke pantai batu buruk menghirup udara segar. Lama dah rasa tak lakukan aktiviti kecintaan ni. Borak-borak panjang dengan Ila dan saya dilantik menjadi wedding planner untuk majlis tunang Ila nanti. Haha. Wedding planner bidan terjun.

Jadi bermula hari ini saya akan sediakan checklist untuk majlis tunang klien saya. Hee..








1 comment:

  1. Anonymous7:58 pm

    salam..katne ye awak jmpe plamin tema taman laut ue? interested la. ley bgy alamat tempat dia x?
    email me: za_eyda@yahoo.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...