Para Pengikut..

Saturday 27 March 2010

F.E.L.T

I needed to be with him
Really be with him
Look him in the eye
and
Tell him how i felt
Really felt
Huhuk..

Tuesday 16 March 2010

Setapak sebelum bertukar status..=)

15 March 2010...

Tarikh keramat buat best friendku..Fauziah. TAHNIAH sudah bergelar tunangan orang. Takbleh nakal2 lagi. Hee.. Aku ditemani Adeela (best friend kami juga) menemani Fauziah sebelum rombongan datang. Tapi tengok Fauziah cool je. Salute! Kalau aku sudah tentu berdebar-debar. Dan dunia ini sangat kecil sebenarnya bila salah seorang rombongan itu kami kenal. Yerp! kitorang pernah kerja di bawah satu bumbung. Alhamdulillah semua berjalan lancar kan sahabatku. Semoga jodoh kalian berpanjangan hingga tangga pelamin, anak dan cucu..=)

E.G.O

Antara laki2 atau pompuan..mane yang paling E.G.O???

Kalau dari perspektif laki2 suda semestinya dia menjawab 'pompuan'..
Dan kalau ditanya pompuan pula..suda pasti dia menjawab 'laki2'..

Tapi hari ini tiada sesiapa tanya aku..baik laki2 atau pompuan..
Dan tanpa segan silu disini aku mengaku aku sangat E.G.O..

Hahahahaha--->gelak jahat!!!
TAHNIAH kepada aku.
.

Monday 15 March 2010

Bila rasa ini kosong..

Kosong,
Hati ini kosong
Tiada apa-apa rasa
yang pasti ia semakin sepi..
Sepi,
Diri ini sangat sepi
Dan rasa ini sangat sunyi..
Sunyi,
Keseorangan disini ku rasa sangat sunyi..
Namun aku suka begini
Nyaman, selesa, bahagia
Dan biarlah rasa ini terus begini..

Saturday 13 March 2010

ISTIKHARAH

Memang terkeliru andai diberi dua pilihan. Adakah perlu dipilih salah satu daripadanya atau ditolak kedua-duanya dan membuat pilihan yang baru? Dan akhirnya adakah pilihan yang dibuat terbaik untuk keluarga dan masa depan?


Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.Solat itu boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya.

Niat Solat Istikharah










Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa Solat Istikharah
































"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...