Para Pengikut..

Wednesday 27 February 2008

RaCuN dAn mAdu...

Hidup mesti diteruskan. Hidup nie kan adlh suatu perjalanan ke satu destinasi..kadang2 memang kite akan terjumpa banyak peristiwa dan perkara yang manis…namun tak semua yang manis tu berguna untuk kita. Kadang2 yang manis itu boleh jadi pahit sekelip mata sahaja dan mungkin lebih teruk kalau ia menjadi racun yang boleh melukakan hati dan perasaan kita. Semua tu asam-garam kita hidup di muka bumi Allah ini. Kita mestilah terus tabah menghadapinya. Kadang2 perkara yang menjadi racun bagi kita itu adalah madu untuk orang lain. Mungkin apa yang mereka rasai tak serupa dengan kita…mungkin juga mereka bersikap positif apabila berdepan dengan sesuatu perkara yang menjadi racun bagi mereka..

p/s:Aku bosan lor sbnrnye nie..yg ats ni 1st post blog aku kt fs..saje2 melawat blog lama 2..so,aku copypaste smula ntah pape kt ats 2..hee...








Monday 25 February 2008

~Jangan Bilang Tidak~

hmm...lagu nie sedih...best sangat melodinya...

Ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu
Ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
Walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi
Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi
Ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu
Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
Jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
Namun dada ini bergetar
Makanya sungguh aku mohon
Jangan bilang tidak

Part 1----->Till now...hard 2 believe..

Banyak sungguh dugaan dan cabaran dalam hidup ini kan. Masalah family, kawan-kawan even masalah dalaman sendiri. Tapi kadangkala kalau difikirkan, semua itu ada hikmah disebaliknya. Cuma kita jer tak tahu apa hikmah disebalik ujian yang Allah berikan. Dan yang pastinya dugaan tu semua pasti mengajar kita menjadi seorang yang lebih tabah menjalani kehidupan yang akan mendatang.
Pada aku, inilah dugaan kedua yang berat untuk ditempuhi selepas dugaan masa matrik dulu yang buat aku hilang semangat. Kali ini, ia bermula semasa aku menjalani medical check up di pusat kesihatan university. Selepas seorang doctor memeriksa denyutan nadi n jantung aku, beliau tak berpuas hati dan menyuruh aku datang semula next week..yakni hari Selasa. Masa ni aku dah separuh berdebar dah. Sebab aku tahu student yang disuruh datang check 2nd time tu mesti ada masalah kesihatan. Waaa..aku nangis dalam hati dan berdoa semoga doctor tu tersalah tafsiran.
Aku membilang hari. Sehingga pagi Selasa aku masih tertanya-tanya dan berteka-teki apa sebenarnya penyakit aku? Dan pasti ada suara kecil menjawab “Doctor tu yang salah”. Bila doctor check beliau bagitahu ada something wrong pada denyutan nadi aku. Tuhan sahaja yang tahu betapa terkejutnya aku. Macam nak luruh jantung yang sudah ‘something wrong’ nie. Dan lagi doctor tu cakap aku kena dapatkan rawatan susulan di HPP. Lagi la terkejut aku di buatnya. Serius sangat ke sampai kena hantar HPP? Sekali lagi suara kecil tu menjawab”pusat kesihatan universiti mungkin tiada mesin canggih untuk kenalpasti keadaan sebenar ‘something wrong’ itu. Aku berserah pada Tuhan. Aku akan tempuhi semua dugaan ini.
“Ok. Doc bagi awk surat ni. Hari Isnin ni kena bawak sekali pegi HPP.
Bermulalah hidup aku sebagai seorang pesakit luar HPP. Mula-mula menjejakkan kaki di HPP aku sangat tak percaya. Selama ni aku teman akak atau mak pegi hospital. Sekarang aku terpaksa menempuh semua ni keseorangan. Nasib baik ada jugak kawan-kawan yang berhati mulia sudi menemani aku ke HPP. Aku melilau mencari Jabatan Kardiologi (JK). Memang susah skit nak hafal kedudukan Jabatan-jabatan di HPP. Pening aku dibuatnya. Setiap kali pergi mesti aku tersesat dulu sebelum jumpa JK. Masuk je JK banyak mata memandang kearah ku. Mesti mereka pelik tengok aku. Yelah, kebanyakkan pesakit JK sudah berusia dan sudah berkahwin. Tiba-tiba aku masuk dengan muka budak sekolah menengah. Sape tak pelik kan. Jumpa doctor barula aku tahu cerita sebenar. Apa ‘something wrong’ yang menjadi teka-teki di pusat kesihatan university ari tu. Semuanya sudah terjawab. Lama jugak aku bersoal jawab dengan doctor tersebut.
“Ok, awak akan dibekalkan ubat. Nanti pegi kat farmasi bagi kad ni pada doctor tu. Tapi ubat nie bukan untuk menyembuhkan. Cuma untuk mengelakkan kuman jangkiti ‘something wrong’ awak 2.ok”…Aku mengangguk sambil tengok tulisan doctor yg hampir2 tak dapat aku pahami 2..Penicillin..yang 2 je aku paham.
Malam…aku tak boleh tido (awal lg time nie..mmg la tak leh tido). Aku cuba sibukkan diri untuk melupakan. But, its not work. Bila dapat tahu berita tu, semangat hidup aku terus padam. Yes, aku akui aku sangat takut masa tu. Selama ni aku bersyukur kerana tidak pernah terbabit dengan accident yang menyebabkan aku dikejarkan ke hospital. Juga aku bersyukur kerana tidak pernah mendapat demam atau sakit yang menyebabkan aku ditahan wad. Tiba-tiba aku dapat tahu yang selama ini aku mengidap ‘something wrong’ 2. Walaupun penyakit tu mungkin tidak terlalu parah berbanding penyakit lain, aku still rasa distraught. Seolah-olah aku akan mati esok. Aku menangis semahu-mahunya. Tapi air mata nie takkan dapat menghilangkan ‘something wrong’ 2. Aku basuh muka then cuba buat-buat lupa tentang apa yang keluar dari mulut doctor tadi. Tapi aku tak boleh menipu diri sendiri. Masa tu tiba-tiba je aku teringat wajah abang aku, Bro Zul..abg yang paling rapat dengan aku. Aku nak dia jadi orang pertama tahu tentang penyakit aku. Sebab siang tadi dia dah bagi semangat untuk aku tabahkan hati dan inform kalau ada apa-apa. Aku kutip duit syiling yang ada dan berlari ke public phone.
“Jaja dah jumpa doctor tadi”
“So..doc cakap apa?”

Aku citer semua yang doctor bgtau tadi. Tiada terkurang dan tertambah. Mula-mula aku ok lagi. Aku tahan untuk tidak menangis lagi. Mungkin sebab kat situ ada orang tunggu turn guna public phone, so dengan jayanya aku menahan air mata dari melimpah keluar. Tapi bila Bro zul bagi nasihat and kata-kata semangat pada aku, tiba-tiba aku jadi sebak.
“Terima kasih Jue…” aku cuba untuk bersuara walaupun dengan suara yang semakin tenggelam
“It’s ok..just don’t worry”
“Jue..jangan inform kat mak”

Tula ‘amaran’ terakhir aku untuk dia sebelum gagang telefon tu bertukar tangan kepada si student yang terkedu tengok aku mengesat air mata dipipi.
2 be continue...

Saturday 23 February 2008

Iza hepi...lepas ni msj durjana berpuaka 2 xkan ganggu hidup Iza lg..

Letihnye hari nie..pagi td Iza keluar g Bj ngan my little sis.pegi MaxisCentre tnjuk msj durjana berpuaka 2..xsampai 5mnt dia dah tamatkn benda alah 2..semuga pasni idup Iza tak diganggu lg dgn msj sampah 2..huhu..Then lunch time kt kedai ape ntah name dia..~yg masakan dia tak best sangat 2~..mkn jela nasi goreng ikan masin..n suda semestinya xleh habiskan..Thanx 4 my little sis again 4 da lunch.Terbalik plak..adik yg belanje akaknya..sepatutnye akak lor belanje adik..huhu lg..Rindu sangat kt mak n paiz..Da beli Italk td..mlm nie boley la cal Tj..windu sangat nak dengar suara Paiz..Windu nak dengar Paiz bceloteh..windu nak dengar Paiz bercerita..huhu..miss u so much..sobsob..

Monday 18 February 2008

Cinta...siapa paling penting???

Suatu hari, Heart, Health, Money dan Education berbincang mengenai cinta. Siapakah yang paling penting diantara mereka dalam sesebuah hubungan percintaan. Masing-masing memberikan pendapat dan mempertahankan kepentingan masing-masing.

Heart: Aku paling penting..sebab tanpa aku takkan wujud cinta itu.
Money: Tapi aku lagi penting. Sebab zaman sekarang semua perlukan aku. Cinta pun perlukan aku.
Health: Aku pun paling penting jugak..kalau aku tiada..manusia tak boleh nak dapatkan Money.
Education: Aku lagi penting. Dengan adanya aku, manusia akan dapat lebih Money dan dapat mewujudkan cinta. Manusia akan memilih pasangan yang ada Education. Sebab semakin tinggi tahap aku, semakin manusia dipandang mulia.
Money: Tak semestinya Education…yang penting Money. Kalau manusia tiada Education tapi banyak Money, mesti dia akan semakin terkenal dalam kalangan masyarakat.
Health: Tapi tanpa aku..Education dan Money tidak akan wujud. Jika manusia sakit mereka tidak dapat belajar dan mencari wang. Health penting dalam hubungan cinta. Aku paling penting.


Perdebatan semakin hangat..tiba-tiba masing-masing terdiam apabila terdengar perbualan couple~antara She dan He~

She: Sebab pe awk bercinta dengan sy? Sy tak cantik pun. Sy pun tak kaya..Cume belajar je tinggi-tinggi.
He: Awk plak? Sebab ape awk bercinta dengan sy? Sy pun tak handsome, tak berduit, belajar pun tak tinggi.
She: Awk? Sebab pe awk tetap cintakan sy..sedangkan awk tahu sy ada penyakit.

*********

She: Sy nak menyintai awk selama-lamanya.
He: Sy pun nak menyintai awk selama-lamanya.

*********

He: Duit? Memang duit penting..Tp sy tak cintakan awk kerana duit. Kerana sy pun tidak berduit. Sy sering terfikir. Kalaulah awk seorang yg byk duit dan sy sukar melepaskan cinta awk kerana duit tu. Macam mana kalau ditakdirkan suatu hari awk bangkrup dan tinggal sehelai sepinggang. Adakah sy akan meninggalkan awk sedangkan sy telah berjanji untuk menyintai awk selama-lamanya…

She: Handsome? Allah ciptakan manusia ada sebab tersendiri dan kadangkala rupa paras yang menawan hanya mendatangkan perasaan riak kepada manusia yang tak tahu bersyukur. Mungkin kalau seseorang yang dikurniakan rupa paras menawan layaklah memilih pasangan yg sepadan dengannya. Tp macam mane kalau terjadi sesuatu kecelakaan yg menyebabkan kecacatan rupa paras? Patutkah meninggalkan insan tersayang yg malang itu semata-mata mahukan kesempurnaan di mata mereka sendiri?

He: Health? Sy tahu awk sakit tp sy tetap menyintai awk. Sebab sy tahu bila-bila masa aje kita akan meninggalkan alam fana. Bila sampai masa tak tunggu sakit atau tenat kita akan tinggalkan dunia. Sakit bukan alasan untuk sy meninggalkan awk, sebaliknya sy akan tetap bersama awk. Walaupun sy bukan doctor yang akan mengubati penyakit awk..sekurang-kurangnya sy akan sentiasa disisi awk ketika awk sakit..kerana itulah sy ingin menyintai awk selama-lamanya.

She: Education? Memang diakui penting Education nie.. Tp sy tak kisah sangat. Education bukan hanya setakat belajar di sekolah. Pengalaman hidup ni pun Education kita kan. Sy mmg berEducation kerana belajar tinggi2. Tp mcm awk penah cakap jugak. Ada mende yg sy tahu awk tak tahu.. Tp ada something yg awk terror pulak sy tak reti. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Dan sy tak pernah berbangga dengan Education ni. Yang penting hati budi.

Heart tersenyum puas. Dia berjaya meyakinkan ‘kawan2nya’ apakah itu definisi cinta bg She n He..

Wednesday 13 February 2008

mungkinkah??-shiela abdul

Seperti ada yang tak kena
Disaat melihat ke arahmu
Saat kau berpaling dan tersenyum
Dunia jadi luar biasa

Maafkan andainya ku menganggu
Ku bukan membaca fikiranmu
Ku hanya ingin mengenalimu
dan tahu ku menyukai kamu

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Mungkinkah kau tidak perasan
Perbezaannya

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah


*best lagu nie kan..catchy je..mcm lagu melly pon ade..

Mamat Stranger yang terover ramah...

Masa:430pm,10feb08
Situasi: Dalam bas SPB Jerteh


Para pelakon tak diundang:
1. Gurl
2. Mak cik
3. Pompuan A
4. Pompuan B
5. Mamat Stranger


20 minit sebelum bas bergerak: Bas penuh sesak dengan penumpang yang menunggu drebar n konduktor bas untuk menuju ke destinasi masing-masing.

6 minit sebelum bas bergerak: Kelihatan seorang mak cik lingkungan 40-an membawa sebuah beg pakaian yang sederhana berat naik bas dan menambahkan kuantiti ‘sardin’ yang sedia penuh.

5 minit sebelum bas bergerak: Mak cik yang berdiri tadi masih terkial-kial mencari posisi yang selesa dalam suasana bas yang panas dan penuh sarat itu. Sambil menoleh kearah penumpang-penumpang yang duduk. Seorang Gurl yang duduk ditepi tingkap bas memandang Mak cik dengan perasaan sayu.

Gurl: (siannya mak cik 2..) Dik,tepi skit. Akak nak keluar.(Adik yang duduk bersebelahan dengan Gurl memberi sedikit ruang).
Pompuan A: (Bersedia untuk duduk kerana menyangkakan Gurl tidak jadi naik bas tersebut).

Gurl: Mak cik..Mak cik..(sambil menyentuh tangan Mak cik tersebut)..Mak cik duk sini. (Gurl bangun memberikan ruang kepada mak cik tersebut duduk)

Pompuan A: Baik kan dia (membisikkan ke telinga kawan yang turut berdiri disebelahnya)

Mak cik: ( Tergopoh gapah duduk dengan muka yang masam mencuka).
Bas bergerak menuju ke destinasi dan menghentikan penumpang di destinasi yang dikehendaki mereka. Keadaan dalam bas semakin lengang kecuali kerusi-kerusi masih penuh dengan penumpang dan Gurl masih berdiri cool melayan perasaan.

Gurl: (Adeh! Aku rasa macam ada orang pandang jer dari tadi)
Gurl dengan muka selamba memandang ke arah mamat yang asyik memandangnya dan sah-sah mamat tersebut Stranger. Mamat Stranger tersenyum manis. Uwek! Gurl semakin rimas apabila Mamat Stranger masih memandangnya. Bas berhenti menurunkan penumpang. Gurl menarik nafas lega kerana dapat duduk dan menjauhkan diri dari pandangan Mamat Stranger.

Pompuan B: Masuk la dulu (memberi ruang Gurl duduk ditepi tingkap)
Gurl: Nak turun mane?

Pompuan2: Depan tu jer. kat masjid depan tu (sambil tersenyum ramah)
Bas berhenti apabila Pompuan B menekan loceng..
Pompuan B: Balik lu eh..bye..(mgangkat tgn pd Gurl...Gurl membalas dengan senyuman)

Gurl terkedu tak sampai 3 saat Pompuan B turun bas, tiba-tiba Mamat Stranger duduk sebelah dia. Gurl senyap je sambil membuang pandangan ke luar tingkap. Berdebar jugak dia melihat penampilan Mamat Stranger yang selekeh.

Mamat Stranger: Macam kenal je..Nak balik mane? Duk mane? Macam penah tengok sungguh r. (mamat stranger memulakan bicara sambil tersengih2 kambing)
Gurl berbelah bahagi. Nasib baik dia duk kerusi depan2 jugak. Lagipun penuh lagi penumpang dalam bas. Takla Gurl seram sangat dengan keramahan Mamat Stranger.

Gurl: Balik TJ.


Mamat Stranger: ooo…banyak bendera kan. (sambil menoleh keluar melihat bendera biru dan hijau berkibar di tepi-tepi jalan)
Gurl hanya mengangguk.

Mamat Stranger: Umur brape?

Gurl: Errr..20 (menipu)

Mamat Stranger: Semalam pegi ambik r ‘duit’ eh. Saya g ambik semalam (merujuk pada wit dana)

Gurl: Tak dapat lagi pun. Ikut tempat kot.

Mamat Stranger: Dah tahun nie boleh ngundi r eh.

Gurl hanya menganggukkan kepala tanpa sedar dia dah kantoi. (Adeh..umur 20 mane bleh ngundi lagi)

Mamat Stranger: Wat mende g bandar?

Gurl: Beli barang

Mamat Stranger: Ngan sape?

Gurl: Kawan (adoi..mcm kena soal siasat ngan polis pencen plak)

Mamat Stranger: Yang tadi tu eh (merujuk pada pompuan B tadi kot)

Gurl: Taklah..kawan laki (amik ko..pasni mesti terus terdiam..)

Selepas 10 minit terdiam…

Mamat Stranger: Saya turun depan 2.

Gurl: (senyap jer tak kata apa2..)

Bas berhenti menurunkan Mamat Stranger. Gurl menarik nafas lega.

Monday 4 February 2008

my bucuk2 paiz..windunye..

Malam ni aku balik umah. Rindu sangat nak ketemu ngan famili n tentunya dak bucuk2 paiz. Macam mane dia agaknye sekarang eh.. Musti makin kurus sebab nakal sangat. Tak macam mase baby dulu tembam sangat2.. Harap2 paiz ade kat umah. Maklumla sejak dia da dapat abah baru dia balik hujung2 minggu je. Pasni umi dia tuka keje kt Putrajaya~insyaAllah~.. Susah plak r nak jumpe paiz. Mesti dia pon pindah sane nanti. Tp takpe la. Dia pon dah besar. Masa dia kecik2 jela suka tengok keletah dia.urmm.. Mesti sunyi umah nanti kalau paiz dah xmenjengukkan dirinya..huhu.. Sejak baby sampai umur 3taun dia membesar depan mata kami sekeluarga. but now.. Dia kena pindah umah lain. Cedeynye...hukhuk..



Saturday 2 February 2008

saje2 mengimbau kenangan...

bosan sangat hari ini. actually, bukan takde kerja kena siapkan.. cume bosan jugak duk mengadap buku jer tuk tesis neh..adeh!..so aku buka semula 1 cd gambo lame (sem 1-3) yang aku burn dulu2..tergelak jugak sorang2 tengok gambar2 pelbagai aksi bersama kengkawan..Adeh!..its time to 'mengimbau kenangan'..check it out..:p














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...