Para Pengikut..

Wednesday 4 January 2017

Balik kampung hari tu.

Salam uollss..

Haha. Semua pos nak throwback ni kan. Sekarang musim tengkujuh. Ada sesetengah tempat dah naik air. Hope tak lah seteruk sebelum ni. Harap bertabah yer semua mangsa banjir. Saya risau jugak kadang-kadang. Depan rumah ada padang. Kalau penuh air kat padang tu melimpah atas jalan depan rumah silap haribulan air boleh masuk rumah. Kalau hujan lebat tak henti-henti ai memang rasa seram sejuk je. Huhu.

Okey. Weekend lepas balik rumah mil. Macam biasa la asben memang tak benarkan lagi dua beranak ni balik sendiri. So,bertabahlah lah papa ambik kitorang drive balik Dungun then dua hari kemudian hantar kami balik. Yer, papa kan seorang yang tabah. Kalau tak memang dah surrender bagi mami drive sendiri. Kiki
Takut anak nangis tengah-tengah jalan katanya. Macamne nak handle. Yelah papa. Menurut perintahh.

Balik hujan renyai kemudian lebat. Perut lapor singgah kedai makan. Makan dulu masa ni hujan tengah lebat yang amat.


Ampun. Curi gambo ig je. Hakhak.

Balik kampung duk lepak kat rumah je la. Dah hujan-hujan nak kemana je kita selain mereput dirumah. Ahad tu cuaca elok skit so jomlah kita keluar. Konon nak g playground. Ambik kau baru main buai laju-laju kejap hujan dah turun. Berteduh bawah pondok kejap. Tengok hujan macam takde gaya nak berenti terus balik rumah.
Daniel memang jarang sangat kot saya bawak dia outdoor. Biasa kalau pegi pun pusing-pusing duk dalam kereta je. Bleh bilang je berapa kali melainkan pegi pasoraya. Yelah memang tak nak lagi memandangkan kita tau history dia. Doc pun selalu pesan kat kitorang. Ni dah masuk setahun baru slow2 nak dedahkan dia dengan outdoor. Pegi pantai lagilah tak pernah. Nak bagi main pasir-pasir tu semua memang taklah. Sebab tu buh dalam buaian pon muka cuak je. Pastu semua benda kat playground tu dia takut. Haha. Takpela dik. Pelan-pelan kayuh. Tak lari ke mana playground tu. Nanti kita pegi main lagi. Hiks.


Tak dapat lepak lama-lama sini. Takpelah anak-anak. Lain kali cuaca elok kita pergi playground lagi yer.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...