Para Pengikut..

Thursday 14 May 2015

1st checkup at KKBT

Salam uollsss..
 
Lamanya tak mencoret disini. Bukan bizi sangat pon tapi macam takde mood je nak berbelog. Bukak draf je, tutup balik. Bukak je tutup balik. Ni rasanyya dah ada 6 draf tak publish-publish lagi. Tunggulah bila kerajinan tu datang saya publish. Huhuhu...
 
11.05.2015 (Isnin)
Isnin lepas saya pergi KK buat buku merah. Hikhikhik. Yer uollsss. Alhamdulillah dah ada rezeki lepas tiga tahun menunggu akhirnya Allah bagi rezeki di tahun ketiga neh. Ada kawan-kawan cakap awal betol pegi buat buku merah. Haha.
 
Pertama sebabnya next week bizi dengan exam segala hal, so taknak kacau weekdays saya.
Kedua sebabnya kita langsung takde simpton-simpton mual,loya, pening, rasa nak muntah dan sebagainya tu. Eh, bukan tak bersyukur cuma kita tetiba rasa takut plak. Habis tanya kawan-kawan yang dah preggy tu pengalaman morning sickness diorang. So, kita decide pegi KK awal la. Bila cerita kat nurse dia gelak pulak. Orang tak nak morning sickness awak nak pulak eh. Hahaha. Yela. Atas penerimaan badan seseorang la kan. Setakat ni 9 minggu takde rasa loya, mual lagi. Masih gagah memasak di dapur dan membuat rutin harian seperti biasa. Terima kasih Allah permudahkan.
 
Hari Isnin tu saya ambik cuti, sebab 1st time check up kan. Tak tahu habis kul berapa. Jadi pagi tu saya masak breakfast siap-siap la. Takut lapar pulak menunggu kan. Goreng mee. Siap bertambah-tambah lagi makan. Kul 9.00 lebih sampai klinik terus pergi kat kaunter. Nebes pon ada. 1st time pegi KK sorang-sorang neh. Rasa macam semua mak cik-mak cik atas kerusi tu pandang semacam je. Kau dah kenapa mak cik. Tak makan pagi ke. Ke muka saya macam budak sekolah sangat. Hahaha.
 
Tanya kat kaunter pendaftaran, then terus pegi daftar kat tempat yang dia cakap tuh. Kena daftar ikut zon kampung tertentu. Zon kampung saya hari Isnin dan Rabu. Timbang berat dan ukur tinggi. Berat ai 56.7 dan tinggi 156cm. Statik jela berat. Selama ni timbang 55 or 56. Hope pasni awak naik yer berat. Makan berselera je kerjanya neh.

Then tunggu nurse tulis buku merah. Nak tau detail pasal kita. Tempat kerja asben, sejarah penyakit parents, penyakit yang kita ada. Semua story kat nurse tu.
Lepas tu ambik darah nak tau hb berapa.
Then pegi kat makmal untuk test urine
Sepatutnya kena test jugak urine asben, tapi dia tak datang kan. So nurse cakap next time jela.
 

Dah dapat result urine test baru masuk bilik pemeriksaan jumpa nurse lain pulak. Dia cek body. Leher, br*** nak cek ada ketulan x, perut, betis, kaki. Alhamdulillah. Nurse kat KKBT ni ramah sangat. Riuh rendah dalam tu. Macam-macam la nurse nasihat. Macam nasihat mak,mil, adik beradik & kawan-kawan jugak. Nurse bagi garam iodin eh. Pasni kena tukar garam masakan kat rumah lah. Lama jugak la sembang ngan nurse Mimi ni. Siap story pasal anak dia lagi, share pengalaman dia. Kita pon macam-macam tanya. Malu bertanya sesat jalan. Kikiki.

Then jumpa doc untuk scan. Dah nampak jantung baby kelip-kelip. Pastu doc decide tarikh untuk minum air gula awal bulan Julai nanti. Macam mana la rasa dia kan. Gerun pulak kita.

Settle kat doc jumpa nurse Mimi tadi balik. Set tarikh untuk next checkup. Sebulan akan datang. Nurse dah pesan siap-siap hb kena naik coz hb kita ngam-ngam 11 je. Takleh skip ubat yer.
 

Dah settle tu pegi kaunter farmasi ambik ubat. 4 jenis ubat kena makan. So settle untuk 1st check up. Hope pasni Allah permudahkan segala urusan. Semoga awak membesar dengan sihat yer baby.

 

7 comments:

  1. teringat pengalaman pegi buat buku merah dak faiz .pegi ngan famili abg Zaki.sedih tak tau nk ckp ank pertama suami kita xleh teman g klinik. then alhamdulillah farhana n fatin.. abang Faris teman dari mula2 buat buku smpailah bersalin. 1 jer.. tak sempat nak bagi anak lelaki impian dia... hari tu ade jumpa catatan abg faris. dia tulis jantina ank2 dia.. lepas si fatin.. ade srg laki ank lelaki.. ntah bila tarikh catatan tu... huhu.. tinggal kenangan dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..tinggal kenangan..tp kenangan tetap dalam ingatan kita =)

      Delete
    2. yup.. rindu ngan kenangan..biarpun ade yg pahit..tapi yg pahit tulah yg sgt2 dikenang.. rindu nk dgr berleter , seolah2 kite ni ank dia.. huhu..

      Delete
  2. tahniah . take care okey... miss you

    ReplyDelete
  3. tahniah kak fizah, semoga dipermudahkan urusan dan diberi kesihatan yang baik sokmo.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...