Para Pengikut..

Monday 30 June 2014

Cerita pertama Ramadhan.

Salam uollss..

Wahh kau, gigih nak update jugak hari pertama ramadhan. Hehehe. Tahun ni memang patah kaki betul. Nak pegi beli barang  basah pun susah. Hurmm. Pasrah je la aiolls. Nasib baik la kedai runcit dekat jer. Plus depan kedai runcit tu jugak ada jual barang basah sikit-sikit. Boleh lah nak beli ayam sayur tu semua. Nasib baik jugak duk dengan anak buah. Dia balik sekolah dia keluarkan kan siap-siap ayam or ikan ke. Saya ni tak suka rendam ayam ikan tu semua. nanti kang rasa tak sedap, rasa tawar. So kena keluarkan awal-awal la. Sempat la saya balik kerja dah mencair ikan tu.

Malam sebelum puasa tu saya dah masak gulai siap-siap. Masak gulai ikan masin jer. Bangun sahur hangatkan gulai tu then tanak nasi. Eh, malam tu pon sempat buat agar-agar jugak. Agar-agar kopi + susu. Sebab tu je bahan yang ada. Kahkah.
Sahur pertama tu kemain set alarm kul 4.00am kau. Haha. Semangat kan. Pastu bunyi alarm tu ntah berapa kali pegi tekan button sampai la jam 4.30am baru betul-betul bangun. Saya ni kan wajib ada nasi. So kena sahur dengan nasi lah jawabnya. Heeeee.
Semalam balik kerja singgah bank dulu settlekan urusan yang patut. Sampai rumah dalam 6.40pm. Panaskan gulai ikan masin, goreng ikan dan goreng kacang panjang, tanak nasi. Alhamdulillah ada pak cik tu jiran sekampung tu bagi kurma satu kotak. Macam tau-tau je weolls takde lagi stok kurma. Pak cik tu baik betul. Dia selalu duk sembang ngan anak buah saya time anak buah nak pegi sekolah, kemudian dulu kalau lalu depan umah dia mesti dia senyum angkat tangan. Kita pon tak kenal dia. Rumah pon jauh jugak dari rumah dia. Alhamdulillah, kita buat baik dengan orang Allah hantarkan orang baik-baik untuk kita.

Duk umah sewa sekarang pun surau dekat dengan rumah. Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. 

Eh, sahur pagi tadi dah mula liat dah. Berapa kali dah jam bunyi. Dah la set 10 minit sekali bermula kul 4.00 am. Mesti stress jiran kalau dengar alarm saya bunyik. Kakaka. Tadi pukul 4.50am baru betul-betul bangun. Sebab dah plan nak goreng nasi je. Nasi dah tanak siap-siap malam tadi. 

Okey, now berbuka petang ni nak masak apa yer??kemain list menu ramadhan tulis sangat tapi kelaut. Hahahaha.

7 comments:

  1. Ana pulak langsung tak plan nak masak ape buka ni. Tadi jiran kata, tayah masak. Dia nak bagi sedekah je. Yelah, ana kan jage anak2 yatim, tu yg beria jiran nak bagi tu. Huhu. Baik betul jiran ana sorang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana : alhamdulilah dapat jiran baik hati.senang ana.xyah susah2 masak.hehe.

      Delete
  2. tulah...walau banyak resepi pun,tapi tettap tak tau nak buat yang mana satu...salam ramadhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah si diary : salam ramadhan dear

      Delete
  3. jom iftar kat luar kak cantekkk! haha

    ReplyDelete
  4. asma : kak takdok transport la darling.sobsob.

    ReplyDelete
  5. Mesti x miss terawih nie. haha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...