Para Pengikut..

Sunday 13 April 2014

Handbag.

Hari tu kan aiols citer pasal umah mak mertua ni selalu ada katalog. Handbag, kasut dan sebagainya. Pastu sambil tengok tv ke selalu la duk belek katalog. Jumpa kasut ke handbag yang berkenan terus tulis nama kat situ.

Hehe. Saja je konon. Bukan niat nak membeli sangat.

Tapi sejak en.beliau dah ada kat sana ma selalu la hint."Fizah cop la mana yang berkenan. Nanti ma belikan. Kita suruh tokey bayar" sambil jeling kat en.beliau. Hehehe.

Hari tu beria ma bagitahu ma dah order handbag yang kita cop. Ai is alamak, handbag mana satu neh. Rasa macam banyak je tulis nama. Yang main-main tulis pun ada.
"Ma dah tunjuk kat Iwan, dia kata lawa" fuhhh. Lega.

Yang penting suami berkenan, itulah yang kita mahukan. Cheewah. Padahal kalau suami tak berkenan pun pujuk jugak sampai beliau tukar fikiran. Kikiki.

Tadi saya dah dalam kereta nak gerak balik KT ma berlari masuk umah suruh tunggu dulu. Rupanya handbag dah sampai. Owhh. Baru teringat handbag ni yang sy tick nama Kak Long kat katalog.

Dah jiwa mak-mak rasa diriku beli handbeg stok bleh letak baju pampes anak. Kikiki.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...