Para Pengikut..

Sunday 16 March 2014

Resepi agar-agar pelangi.

Salam uollss..

Hurm..lama betol tak hapdet. Rasa macam mood ke laut je. Huhuhuhu. Weekend balik rumah mertua. Pastu mak mertua nak makan agar-agar. So aiolls ngan adik ipar plan nak buat. Tak tahu nak buat agar-agar apa. Godek-godek resepi jumpa la agar-agar ni. Tak ingat apa nama, kita kasi nama agar-agar pelangi okeyy. Kemain semangat. Lepas jumpa resepi terus keluar beli santan. Nak link entri asal tak dapat la, saya gugel guna hp xingat pulak link apa.

AGAR-AGAR PELANGI

Senang jer semudah abc, nanti nak buat pulak kat rumah. Hehhee.

Bahan-bahan adalah :

Bahan A
Telur 8 biji
Santan pekat 2 cawan
Gula 5 senduk
Garam sikit je
Esen vanilla satu sudu
Perisa pandan satu sudu
Pewarna (empat warna berbeza)

Mula-mula kacau telur  dalam bekas bersama dengan santan, gula, garam. esen vanilla dan perisa pandan. Kacau sampai sebati, sampai gula cair.

Kemudian bahagikan ia dalam empat bekas. Saya letak dalam tipuware je. Carik yang elok la nanti nak kukus jangan cair plak tipuware tu. Nak buh dalam loyang pun boleh. Sukati la.

Kemudian empat perwarna yang berbeza tu kacau la dalam bekas tu sampai warna sebati. Dah dapat empat warna kan, so masukkan dalam kukusan, kukus sampai masak.


Bahan B
Agar-agar (serbuk/yang macam tali)
Air
Gula 5 sudu

Kemudian dalam periuk yang lain pulak, masakkan agar-agar. Ikut je la arahan kat plastik agar-agar tu. Hehehe. Masukkan jugak gula. Kalau rasa nak kurang manis kurangkan gula. Tapi kitorang buat ni ngam-ngam betul. Tak manis sangat pon.


Okey, nanti bila Bahan A yang kita kukus tadi dah masak keluar kan la dari kukusan. Lepas tu dengan menggunakan sudu, ambik la Bahan A tu masukkan dalam bekas secara selang-seli. Susun cantik-cantik. Tapi kitorang ni malas. Nak tengok hasil jer macam mana, so buat laju-laju comot sekali hasilnya. Hahaha.

Dah habiskan semua empat warna tu curahkan agar-agar yang dah masak tadi atas Bahan A. Jangan bagi tebal sangat. Bagi tenggelam je Bahan A tu. Haku pon tak tahu apa nama sebab tu duk sebut Bahan A jer. Kahkahkah.


Dah siap biarkan diorang sejuk dulu, kemudian baru masukkan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk. Nyummmy sangat. Mak mertua lalu sebelah pon tak perasan. Hehehehe.


Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...