Para Pengikut..

Sunday 17 November 2013

Ragam kanak-kanak.

Salam uollss.

Hari Jumaat my opismate datang rumah, datang dengan suami dan heroes. Wahhh sekejap masa berlalu. Rasanya macam baru je melawat Shauqi masa dia kecik hari tu, sekarang Saiful pulak ada. Hero u dah bertambah Kak Siti, hero i ni lambat benor, mummy tak sabar okeyy.
Saifullah sampai je terus mata tu kuyu jer. Terus tido. Tak sempat ambik gambar masa mata dia boolat. Hehee. Pastu bila dia terjaga letak atas riba aunty terus nangis. Tak cukup empuk eh ribaan aunty dik. Heheh.


Shauqi plak sampai je mata tu terus terpaku kat kereta en.beliau yang display atas rak tv. En.beliau hari tu masa hobi dia tengah menggila kat kereta tu main jugak sekejap. Pastu dah bosan simpan je atas tu. Nak beli sangat kan. Bazir duit jer tau. Grrrrr.

Mula-mula Shauqi tengok je, makin lama makin dekat, pastu tangan tu slow-slow gosok kereta. Hehe. Comel sangat gelagat tu aihhh. Pastu tengok kaum mak bapak rancak sembang dia pon main tolak-tolak atas rak tu. 



Pastu terus angkut kereta tu bawak turun bawah. Hehe. Ibu ayah dia cakap baru je balik dari pasaraya beli mainan lori. Dah namanya kanak-kanak kan. Haruslah dia berkenan je. Bukan dia fikir pon dah ada banyak ke, biarlah yang penting dia hepi kan.


Suka bila ada orang datang rumah. Meriah je, kalau tak ai kebosanan kat rumah. Lain kali datang lagi eh kawan-kawan =)


1 comment:

  1. betul tu dear, budak2 ni senang je nk buat kita ketawa :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...