Para Pengikut..

Tuesday 10 September 2013

Majlis pertunangan adik ipar.

Salam uollss.
Weekend yang lalu saya balik rumah mertua sebabnya adik ipar nak bertunang. Bertunang dengan jiran sekampung neneknya. Kawan masa kecik duk main kejar sama-sama. Hakhak. Pandai-pandai je. Eh, tapi diorang memang dah lama kenal la. Abang-abang dia pon semua kawan adik ipar dan kawan en.beliau. Ok. Now nak cerita sebelum hari kejadian la baru best ikut kronologi kan. Hehe.

Hari Khamis saya da ambik cuti. Sebab saya kena tolong gubah hantaran especeli sireh tuh. So, plan malam Rabu nak gerak balik. Balik ngan kereta en.beliau. Baru setengah jam perjalanan tiba-tiba kereta rosak. Aduyaiii. Lampu makin lama makin malap. Jadi kami patah balik. En.beliau bawak pegi rumah kawan dia. Diorang duk baiki kereta sampai setengah jam tak ok jugak. N maybe masalah bateri. Balik rumah saya pulak sambung baiki kat rumah. Saya siap ambik laptop dalam kereta masuk rumah bukak fb n blog. Ingatkan tak jadi dah nak balik. Huwaaaaa. Kemudian en.beliau col suruh turun. Masa tu dalam kul 12.45am. Turun je transfer barang-barang dari kereta en.beliau redah balik ngan kereta saya akhirnya.

Sampai rumah mak mertua dalam kul 2.30am. Penatnya. Sampai je sembang mak mertua. en.beliau pulak nak makan durian. Tunggu dia pulak. Rasanya kul 3.00am kot baru tido.

Khamis.
Hari ni sibuk menyiapkan kuih. Sebab plannya hari Jumaat tu semua akan berkumpul kat rumah tok en.beliau. So, jalan kaki je dari rumah tok ke rumah yang nak dituju. Jadi sementara berkumpul kat rumah tok tu hidangkan dulu kuih-muih la. Nanti kat majlis tu baru makan nasi.

So, adik ipar gigih kukus apam dewa. Senang je rupanya. En.beliau pun suka je makan. Ok. Pasni saya akan try buat kat rumah. Heeeee.
Sebenarnya acuan asal adalah untuk kuih yang ada kelapa tu. Ape ntah nama dia. Tapi tak kisah la. Janji sedap dimakan. Hee. Pastu orang asyik duk tanya mana kelapa? Tak letak kelapa ke?Kelapa takde, kepala ada nak? Haha. Motif nak emo.


Banyak jugak buat kuih ni dalam 200biji kot. Petang pulak lepas Asar gubah hantaran pulak. Hantaran lima berbalas tujuh. Hantaran dari pihak lelaki untuk perempuan : Sireh, Cincin, Tuala, Sejadah, Kain (untuk baju kawin) dan buah-buahan. So dah jadik enam kan. Jadi kita akan combine siren bersama-sama cincin. Sepupu en.beliau pun ada datang. So kami duk godek-godek la sama-sama dengan adik ipar sekali. Mak mertua pon join sekali. Penuh bilik duk mengadap menda alah hantaran neh.

-Sejadah-

-Kain untuk baju kawen nanti-

-Tuala-

Buah dan sireh kitorang gubah pagi Jumaat tu.

-Buah-buahan-

-Sireh + Cincin-

Dalam jam 2.30petang tu gerak ke rumah tok. Kumpul sana ramai-ramai. Saya naik kereta pasal nak bawak hantaran kan. Yang jalan kaki sampai dulu. Fine!





Kak Long haruslah diva. Takdenya nak bawak hantaran ni kan. Haha. Padahal rebut nak bawak jugak tapi sebab hantaran sikit tak sempat nak rebut. Tunggu kawin nanti sila bagi hantaran banyak sikit. Muahaha.

-Hantaran dari pihak perempuan untuk pihak laki-

 -Mini pelamin tu tunang adik ipar (Emma) deco sendiri. Dia keje kat kedai jahit. Nanti nak try jugak upah dia jahit baju. Heee. Boleh mintak diskaun kat bakal biras. Heeee. Yang bestnya owner kedai jahit dia tu ada butik pengantin jugak. So senang la dia nak sewa pape.



-Yang kelakarnya masa ayah-ayah nak diskas ni masing-masing kelu lidah tak tau nak start macam mana. Haha. Masing-masing duk senyum-sengih-senyum-sengih je kan-






-Mak mertua dari pagi tadi lagi kata perut tak sedap la, macam-macam rasa la,mual la. Nebesnya ma. Hikhik. Pastu dia cerita la masa pegang tangan Emma tangan Emma menggeletar. Hehe. Pastu suruh Emma rileks dulu barulah dia sarung cincin-

Kikiki. Dan-dan tanya ma masa kitorang tunang dulu ma debar x???Hehe. Debar jugak ma cakap =)
Saya punya debaran masa tunang tu lagi kuat berbanding masa akad nikah tau.

Tahniah Emma & Achik. Tahniah ma bakal dapat menantu. Tahniah kat diri sendiri jugak bakal dapat biras perempuan =)










Alhamdulillah dah selesai. Lepas makan kenyang balik rumah tok semula. Lepak-lepak kejap kemas-basuh pinggan cawan semua. En.beliau pulak ajak pegi lepak kat pantai. Yeahuuu.

Pantai ni amat sinonim dengan ABC. Suka sangat kalau lepak-lepak pantai sambil menghirup ABC. Orang lain semua minum air panas sebab masa ni tengah hujan. Aiolls bantai ABC. Ni en.beliau la yang mempengaruhi saya neh. Tapi licin la ABC aiollss.




Okey. Pastu baru balik. Penat sangat rasa. Malam tu nak balik rumah daa.




4 comments:

  1. ija,sama la kite..hihi..hani pun rasa debaran masa tunang lg kuat dari nikah.hehehe..
    tgk muka mak mertua ija ada iras mak hani la..hihi...sket je xbanyak.=)

    ReplyDelete
  2. Oney : Hah,tau xpe kan. hehe. Mane tau kot bau-bau bacang. Mak mertua kita asal ore kelate .hehe.

    ReplyDelete
  3. cantik bakal biras awk. mesti awk jdi org paling sibuk time tu kan kak long? hehe

    ReplyDelete
  4. My Sis : Cantik dia wak, hehe.saya takdelah sibuk sangat pon. Menyibuk ada la.hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...