Para Pengikut..

Wednesday 10 July 2013

Ramadhan oh Ramadhan

Salam uollsss..

Alhamdulillah Tuhan masih bagi kita ruang dan peluang untuk menghayati Ramadhan tahun ini. Ramadhan saya tahun ni sangat berbeza dengan tahun lepas lebih-lebih lagi tahun sebelumnya. Opkos la berbeza kan.

Tahun ni tahun kedua menyambut Ramadhan sebagai isteri kepada Mohd Zulriduwan. Kalau tahun lepas saya masih menetap kat rumah mak. Masa tu en.beliau kerja Kuantan. So Ramadhan PJJ la. Tak dapat sediakan juadah berbuka untuk suami. Sebab en.beliau balik dua minggu sekali je.
Tahun ni pulak menyambut Ramadhan di rumah sewa. Lepas ni tak dengar suara mak kejut bangun sahur. Takde balik kerja lauk dah siap masak tunggu finishing jer. Kali ni semua saya sendiri kena buat. Dah lah balik kerja pukul 6.00 petang kan. Sempat ke diriku ini??Malam tadi eksaited kan nak bangun sahur. Awal la tidonya. Takut tak terjaga. Pastu set jam start 4.00 am dan setiap 10 minit lepas tu kan. Set jam hp en.beliau skali. Hover. Tapi sebab semangat sangat bunyi jam lima saat terus bangun. Heeee.

Malam tadi saya dah siap-siap masak dah untuk sahur. Tom yam putih tapi sebab takde ayam udang dan sotong (huwaaa..tak pegi shopping pun lagi barang basah) saya buh bebola sayur tu jer. Beli kat kedai runcit bawah tu. Buh jugak kobis bunga ngan tomato. Lepas masak terung goreng. Dah settle. Ikan saya lumur garam+ciliboh+kunyit siap-siap pastu buh dalam peti ais. Ikan kena makan fresh from de kuali kan.

Tom yam putih. 1st time beli perencah tom yam putih. Sedap jugak. Tapi en.beliau cakap takde rasa tom yam sangat la. Nak buat camno. Dah kaki suka makan pedas kan.
Terung pemberian mak mertua. Mekasih ma. Hee.
Ikan kerisi goreng. Jangan cakap kami makan ikan banyak. Sebenarnya ikan tu dah tiga minggu da. Sampai rasa pun dah tawar. Huhu. Terus goreng semua.

Sahur tadi dengar je bunyik jam terus bingkas bangun. Semangat. Alhamdulillah hari pertama berpeluang sahur dalam erti kata sahur yang sebenarnya. Haha. Kalau puasa ganti takdenya nak tido pastu bangun kul 4.00 pagi kan. Sebelum tido sahur siap-siap. Tu bukan nama sahur ahkak oii. Pastu biasanya lepas sahur mesti terkrohhhh depan tv sambil tengok drama ulangan kan. Kadang-kadang tunggu subuh dulu pastu sambung tarik selimut. Okey tu zaman bujang. Now dan ada roommate sebantal kena ubahlah sikap tu ahkak oiii. Lepas sahur sambil tonton tv9 sambil lipat baju sambil tunggu mesin basuh berbunyi ting ting ting. Auwww. Tahniah diri sendiri.

Azam saya pada Ramadhan kali ini untuk bangun setiap kali waktu sahur, dan tak mau tido dah lepas sahur or lepas subuh (psssstt.kecuali hujung minggu =p)jugak harap peratusan memasak dirumah lebih banyak berbanding membeli di bazaar. Ok. Nak balik da. Puasa pertama berbuka ramai-ramai kat rumah mak. Mak dah call tadi katanya nak masak bubur lambok. Osemmmm. Salam Ramadhan dari kami sekeluarga. Jom sama-sama tingkatkan amalan di bulan yang mulia ini.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...