Para Pengikut..

Tuesday 2 July 2013

Durian runtuh.

Salam uollss..


Okey. Mood berblog dah kembali lagi. Yeayyyy!! Eh,tapi walaupun mood dah kembali saya sangat bizi dis sem. Jadi kebarangkalian untuk update blog kencang adalah sangat tipis. Banyak entri bertempek kat draf. Tapi tak sampai 80% pon siap kan. Macam bina rumah pastu tak sempat pasang atap lagi kan. Macam mana nak duduk. Eh? Motif nak kaitkan dengan rumah tak siap pulak neh. Muahaha.

Nak cerita pasal durian runtuh. Durian runtuh tu peribahasa je kan. Ini bukan peribahasa sebab ini betul-betul durian punya. Alhamdulillah walaupun kami tiada kebun durian tapi cukup la beberapa pohon durian dikeliling rumah untuk kami makan setiap tahun. Tahun ni durian menjadik lagi. Dapatlah merasa durian yang lemak berkrim disukai ramai itu.



Saya ni nak kata penggemar tegar takdela jugak. Kalau ada orang tolong 'koyok' durian tu berebut-rebut jugak la dengan anak sedara (pssst..anak sedara yang kecik tu pun pandai koyok durian okeyy). Ai is malas je bukan tak pandai. Haha. Malas nak koyok tapi rajin nak makan. Nasib baik asben penggemar durian yang sangat tegar. Balik rumah mak dengan muka tak malu dia pegi bawah pokok durian tengok kot-kot ada durian luruh. Pastu kalau ada dia ambik dan masukkan dalam bonet kereta. Haha. Sebijik dua tu dia habiskan la. Saya makan seulas je pun.


Tapi pelik dengan durian ni kan. Tiap kali kami balik jer and tiap kali asben pegi carik bawah pokok mesti ada yang luruh. Hehe. Agaknya dia tau kot sape yang suka makan dia kan. Haha. Ada ke macam tu?

Now bila dah makin gigih dia luruh mak ayah jual la jugak kat kawan-kawan diorang. Tak larat kot nak makan berbiji-biji sehari kan. Kawan ayah siap booking lagi okey. Durian tu tak luruh pun lagi dia dah booking. Itulah. Durian kan raja buah. Jarang sangat orang tak suka makan durian. Hope sempatlah dia luruh sampai raya nanti. Kang akak abang yang balik raya tak sempat makan kempunan kang. Hikss.

Kamus Terengganu : KOYOK durian tu maksudnya kopek durian. K. Bye! (Motif kau nak translate bagai)


2 comments:

  1. Suka..suka...akak suka durian pas tu maka dengan pulut.

    ReplyDelete
  2. Kak Junaina : Betol2. Kalau pekena dengan pulut best jugak =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...