Para Pengikut..

Monday 10 June 2013

Kedai makan murah.

Salam uollss..

Semalam balik kerja singgah rumah mak. Eh, singgah ni kalau kita kebetulan lalu kawasan tu kan. Ini bukan singgah, ini memang sengaja balik rumah mak sebab nak basuh kereta. Hikss. Asal nak basuh kereta je balik rumah mak, asal balik rumah mak je basuh kereta. Haha. Nasib badanla yang tukang bawak kereta tu en.beliau. Jadi dia bab-bab kereta ni sangat mengambil berat. Lelaki kan. Kalau saya ni kereta adalah kemudahan untuk naik kemana-mana. Tak care sangat. Dulu kalau jumpa dia time kereta kotor memang kena marah, kalau kereta takde perfume pon kena marah. Kesian aiolsss. Haha. Tapi marah untuk kebaikan kan. So, kalau nak jumpa dia memang akan basuh kereta bersih-bersih. Haha. Dasar betul kan. Sekarang bila dia yang bawak kereta tu haruslah dia basuh sentiasa. Kadang-kadang dua kali seminggu okeh. Nanti bil air rumah mak kita bayarla okeyy. Haksss. Terima kasih kamu.

Eh, dah kelaut ni..nak citer pasal kedai makan ni kat area rumah kitorang. Kedai makan berkonsepkan Jawa. Kedai makan ni kecik jer. Menu dia yang spesel rojak ayam dan mee jawa. Kitorang pernah hari tu makan sini. Malam tadi en.beliau teringin nak makan mee jawa jadi kami terjah lagi. Tukang masak adalah suami isteri. Pahamlah kalau orang veteren yang masak berapa banyak tahun dah pengalaman diorang kan. Haruslah nasi sesedap rasa.

Saya makan nasi goreng kampung (haha. nampak sangat masih kempunan nasi goreng kampung yang en.beliau habiskan hari tu)


Makan sampai kenyang lah kan. Licin pinggan aiollss. Bangga tukang masak tengok pinggan aiolls kan. Haha.


Tapi makan kat kedai ni murah sangat. Dah la selalu bagi diskaun. Kitorang makan total RM10.20. Tapi dia bundarkan RM10 je.

Nasi goreng kampung
Telur dadar
Mee Jawa
Milo panas
Nescafe o suam

Total semua adalah RM10. Murah kot kan. Ok. kedai wajib terjah next time. Daaa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...