Para Pengikut..

Friday 10 May 2013

Kecintaan mak mertua

Salam uollss...

Alhamdulillah syukur. Aiolss dapat mak mertua yang sangat penyayang, baik hati, sangat pemurah, yang penting sangat sporting. Hehe. Kami panggil ma. Ma dengan anak-anak macam kawan-kawan. Sebab tu masa mula-mula kenal en.beliau lagi memang en.beliau dah cerita kat ma pasal saya walaupun kami belum bertemu mata. Anak laki jarang kan cerita pasal awek diorang kat mak kan. Bukan en.beliau sorang je, adik-adik beliau yang lain pun ma ambik tahu dengan siapa berkawan kan.

Kalau bergaduh pun mesti ma tahu. Sampaikan satu ketika tu kami gaduh sampai seminggu tak contact. Masing-masing kepala sekeras tempurung nyior kan. Lalu ma lah yang col saya pujuk suruh berdamai. Ok. Tempurung nyior ai tak sekeras en.beliau kan. Hakhak.

Ma aiolls ni hobinya tanam pokok bunga. Ma cerita la kalau nak pegi ambik adik bongsu en.beliau kat sekolah dia mesti singgah kedai bunga tu. Kadang-kadang singgah tengok je dan selalunya mesti ma bawak balik jugak bunga. Hehe. Tenang je kan tanam bunga keliling rumah.

Tapi yelah aiolls boleh berangan je la. Sebab rumah sewa ni takde laman kan. Hope pasni jumpa rumah sewa lain yang ada laman boleh saya bercucuk tanam. Ewahhh.

Wekend lepas balik rumah ma petang hari keluar menghirup oksigen dari pokok bunga ma.



















Lalu kami pun duk berkira-kira la berapa dah ma habiskan untuk bunga-bunga beliau neh. Campur bunga-bunga yang dah mati tu banyak jugak la ma habiskan duit. Bukan beli bunga saja, tanah lagi, pasu lagi kan. Tapi tak salah kan berhabisan untuk perkara yang kita minat.

Ma, syg doakan ma sentiasa sihat, dimurahkan rezeki sentiasa, dipanjangkan umur dan dilindungi sentiasa. Ameen.



2 comments:

  1. Anonymous4:37 pm

    byknye ma tanam bunga..dh mcm kedai bunga wak.. elok kalu ma pun bisnes bunga..semai pokok2 bunga n then..jual kt sesapa yg minat..hehe

    ReplyDelete
  2. SIS : Hehe..tula wak. nanti saya cadangkn kat ma.heee..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...