Para Pengikut..

Tuesday 14 May 2013

Hijau mata hitamku

Salam uollss..

Seperti yang sedia maklum saya kan peminat tegar kaler hijau. Ehem. Jangan kaitkan dengan isu politik pulak. Musim mengundi dah habis okeh. Jadi kalau ke mana-mana mata ni asyik terpandang je barangan-barangan hijau neh. Beli payung hijau, beli tupperware hijau, karpet hijau, besen hijau, botol air hijau eh..banyaknya kehijauan di rumah. Hikss.

 Tapi takde lah sampai tak jadi beli sesuatu barang tu kalau kaler hijau takde kan. Tu betul-betul fanatik kan.
 En.beliau pun penyokong pencinta hijau neh. Kalau nak pilih apa-apa untuk saya dia akan cari kaler hijau dulu. Mekasih awok. Heee.

Kaler hijau ni tenang dan damai jer kan. Sebab tu saya beli macam-macam kaler hijau. Supaya setiap hari saya akan memandang kehijauan walaupun bukan kehijauan pokok-pokok kan. Tapi saya pernah terbaca kalau kita ada masalah dan dalam dilema untuk memilih sesuatu, jangan pandang sangat pada kehijauan. Sebab hijau akan membuatkan kita sukar untuk memilih dan membuat keputusan.

 

Dua hari lepas saya beli casing henfon. Sebab casing yang sedia ada tu licin bebenor. Jadi keluar ke Giant cari casing henfon. Pergi satu kedai jer sebab masa tu dah 10.30 malam. Hampanya bila casing kaler kecintaan tiada. Ada warna hijau tapi green black. Langsung tak menjadi idaman diri ini. Sedihnya.

Tapi biasalah lah takkan semua menda nak kaler hijau, suruh en.beliau pilihkan. Jadi haruslah dia pilih kaler kecintaan dia kan.

PINK KALER

Ok. Saya setuju jugak sebab ia kaler kecintaan kecintaan saya.


Tapi nampaknya saya rasa tiada utiliti yang sepenuhnya lah. Kena carik jugak casing henfon kaler hijau. Hakhak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...