Para Pengikut..

Sunday 21 April 2013

Percubaan membuat karipap.

Salam uollss..

Nampak tak ada kegigihan pada tajuk entri. Gigih la sangat setakat buat karipap kan. Muahaha. Saya suka jugak makan karipap ni. Karipap macam-macam inti ada (pun nak cerita bajet orang tak tahu ke hoii). Yang paling saya suka inti ubi kentang semata-mata. Sedapnya. Tambah-tambah kalau makan masa tengah panas kan. Rasanya dulu pernah buat jugak kat rumah mak. Tapi masa sekolah menengah kot. Dah ingat-ingat lupa. Jadi bila baca belog masak-memasak terus copy resepi.

 Auuwww.

Pliss la resepi karipap pon nak copy ker.
 Sori saya budak baru belajar. Hakhak.


Lalu disuatu malam yang sepi (sebab duk sorang kan) rasa kebosanan yang amat terus pergi ke tempat paling best dalam rumah -DAPUR-..Errr..best kalau ada makanan lah. Haha. Godek-godek lengkap semua resepi yang perlu.  Terus ktung ktang ktung buat inti dan kulit karipap (KULIT???)

Percubaan pertama

Percubaan pertama entah kenapa doh kulit karipap menjadi sangat lembik. Sangat frust. Tapi tetap goreng jugak. Tup-tup bila goreng jadi sangat lembut yang amat. Tak syok sangat rasanya bila lembut melampau macam tart nenas kan. Tulah. Siapa suruh derhaka pada resepi asal. Muahaha. Doh lembik sampaikan nak kelim pun susah. Menangis okeh nak kelim #Hoverrrr.

Kemudian gigih pergi kedai RM2 untuk beli benda alah untuk buat karipap En.beliau penyokong terkuat. Mekasih. Nasib baik tak naikkan kain rentang jer kan menyokong usaha isteri. Muahaha.

Kata nak cuba-cuba buat karipap kan. So, tak perlu lah nak beli yang mahal-mahal kan. RM2 suda.


Percubaan kedua

Masa ni en.beliau takde jugak. Ada baki inti percubaan pertama atas tadi selepas tiga hari kemudian saya cuba lagi untuk kedua kali. Kali ni doh jadi keras pulak. Sakit gigi nak menggigitnya. Ampunkan saya asben. Saya budak baru belajar. Thehehe. Tapi keras-keras tetap en.beliau makan. Rugi tau tenaga ai masak. Haha.

Guna acuan karipap tapi tak pandai. Dah la acuan tu besar gabak. Kalau jual karipap ni haruslah harga RM1 sebijik.

#Tiada gambar untuk percubaan pertama dan kedua. Tiada guna letak gambar karipap yang mengecewakan diri ini. Ewahhhh.


Percubaan ketiga  

Nah. Saya benci pada kesunyian. Haha. Motif kan. Terus pegi dating dengan bestfren (dapur gas). Tunggu en.beliau balik tak balik-balik jugak. Saya start bikin karipap dalam kul 11.30 malam la. Kali ni setelah mengambil kira kesilapan-kesilapan yang dilakukan pada percubaan yang sebelumnya lalu terhasillah ini..     Tadaaaaa....   Suka sebab doh ni senang nak kelim. Even kelim sangat comot kan. Ada haku kesah. Asalkan rasa sedap. Yang percubaan pertama dan kedua sebab doh lembik nak kelim pun susah. Masuk dalam kuali terus kelim terbukak. Waaaaaa. Nangis depan kuali.   Tapi kali ni kelim tak terbukak. Cuma ada jugak maybe sebab inti sarat. Sebabnya en.beliau dah pesan hari tu "Karipap kalau nak buat jangan kedekut inti". Hambik la kan. Nak inti sarat sangat. Kita bagi inti sarat 9 bulan. 

Lepastu sebab acuan yang beli tu besar sangat jadi tak guna acuan tu pun. Tekap dengan cawan je senang.


Dah siap masak dalam kul 12.40 macam tu bawak karipap kat ruang tamu sambil tengok cerita Binar Bening Berlian kat Tonton. Baru nak makan en.beliau balik.

"Eh, comelnya karipap ni." Ada la sambungan ayat pujian beliau. Kang tulis ada yang cakap saya gedik kang. Haaahaaahaaa.
"Eh, mana ada. tu karipap beli kat kedai bawah tadi"..muahaha..motif la sangat padahal dalam hati berbunga riang. Karipap terus kembang sebab kena puji.


So, menurut kata Chef Ewan karipap ni dah sedap cuma kulit karipap kena lembut skit lagi baru lulus hantar jual kat kedai. Hehehe. Okes. Mekasih atas pujian dan kutukan. Nanti saya buat percubaan keempat puleekkk.
     


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...