Para Pengikut..

Saturday 30 March 2013

Ikan bakar oh ikan bakar.

Salam uollsss..

Alkisahnya itu hari  kan mengikut plan en.beliau dan rerakannya untuk camping. Camping kat pantai. Eh, agak-agak jadi ke nak camping? Kat pantai pulak tu. Melekit-lekit la kena wap air pantai jawabnya. Huhu. Macam biasa, kawan en.beliau yang sponsor semua. Kitorang bawak tenaga saja. Mekasih. Semoga murah rezeki Abang Ki  tau.


So, di malam yang sepi kami menerjah Pantai Tok Jembal. Masa ni around 10.00 malam la.
Pusing-pusing cari lokasi yang strategik barulah berenti parking.
Parking bawak pokok yang ada tebing batu-batuan tu. Ari tu pantai tu terhakis. Kemudian diorang letak batu-batu besar nak elak hakisan lagi. Best jugak duk kat pantai neh. Angin sepoi-sepoi jer. Nyamuk pun takde. Bulan plak tengah mengambang elok kan.
 
Bagus jugak ada batu-batuan tu so, bakar ikan atas batu tuh. Eh, kami pinjam tiang bendera tu wat sangkut mentol lampu. Boleh kan? Muahahaaha.
Ni kira adik beradik ikan pari. Rasanya tawar sikit la. Kalau isi ikan pari manis skit. Tak ingat pulak apa nama ikan neh. Tapi cicah ngan air asam. Owhhh. Sangat lah mabeless.

Banyak jugak kami bakar ikan dat nite. Penuh satu bekas merah gambar bawah tuh. Macam-macam jenis ikan pulak ada. Ada jugak yang tekak tak bleh terima. So, opkos la my asben yang habiskan. Muahaha.


Nak jugak bakar ikan kan. Tapi aiolls bab-bab bakar ikan ni fail sikit lah. Haha. Sori yer. Makan ikan bakar memang terror..bab bakar fail!.Aiolss nak jadi tukang ambik gambar jer boleyy??


Ni baru lah betul tukang bakar. Suka sangat dia neh bab-bab bakar neh.
Kena lah kontra kan. Ngehngeh.


Saya hanya berjaya habiskan empat ekor ikan. Plus siang hari dah penat kat opis kan (ehem.penat menunggu) jadi jam 12.00 tu rasa badan dah lenguh sangat yang amat. So, duk je melepak tengok diorang bakar. Budak-budak pon dah landing atas tikar.


Jam 3.00 am jugak kitorang balik. So kesimpulannya tak camping pon kat sini kan. DUk sini 2-3 jam pun badan dah melekit-lekit kan. Balik je la jawabnya.

=)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...