Para Pengikut..

Monday 23 April 2012

Pelajar UPSI maut jatuh bangunan

Salam.

Jom sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Fatimah Mina Md Juferi, 22, penuntut semester empat jurusan pendidikan awal kanak-kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), yang maut akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan pusat pengajian tinggi itu petang semalam. Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden tersebut.

Menurut satu sumber, penyiasatan polis kini lebih menjurus kepada kes bunuh diri dengan melompat terjun dari bangunan tersebut. Ini berdasarkan beberapa bukti CCTV yang diperolehi dari bangunan beserta nota yang ditulis oleh mangsa kepada sahabatnya. Mangsa dilihat berjalan keseorangan ketika hari kejadian melalui CCTV tersebut.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dalam siasatan dan masih belum disahkan oleh pihak polis.

Timbalan Naib Chanselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr. Junaidi Abud Bakar pula berkata, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati, mangsa, Fatimah mengalami masalah gangguan makhluk halus sebelum mengikuti kursus di USPI dan masih menjalani rawatan tradisional bagi mengatasi gangguan itu. Beliau tidak menolak kemungkinan unsur mistik menyebabkan mangsa terjatuh dari bangunan E Learning kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

"Malah saya dimaklumkan rakan serumah mangsa yang dia berkelakuan pelik sebelum ini termasuk bercakap sendirian dan menangis," katanya.

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. AL-FATIHAH buat arwah.
Sumber : http://pilihan-anda.blogspot.com/





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...