Para Pengikut..

Saturday 5 February 2011

Naik Pelamin!

Hari ni saya naik pelamin. (eh, sebenarnya semalam. Tapi biasalah malam tadi  taip entri sikit terus menguap, mengantuk terus tido)Tapi bukan pelamin saya. Itu hanyalah pelamin mereka yang saya tumpang bergambar.

 Selamat Pengantin Baru Yana.

Berseri-seri yer muka pengantin. Konvoi dengan opismate empat buah kereta menerjah nasi minyak di rumah Yana. Tapi sebab datang agak lewat pengantin dah buang segala makeup untuk solat. Tapi Yana tetap sweet. Berseri-seri you. Jugak door gift sangat chumel. Macam-macam benda chumel ada dalam paper beg ungu itu. Arghh!tiba-tiba excited mahu survey door gift. Hei, kau ingat kau nak naik pelamin bulan depankah?

Yana, sy pinjam hantaran nak publish sini yer..=)

Tak pasti la yang kuning tu apa. Kuih ke Yana? ke puding? Tapi gubahan sangat kreatif. Siap ada tangkai nanas lagi.

Buah-buahan, kain pasang, kasut & beg.

Pulut kuning.

Selamat kenduri di rumah Yana.

***
Malamnya join sepupu-sepupu berarak mengiringi pengantin lelaki iaitu sepupu saya.


Jadi gadis dulang bidan terjun.


Pheewiittt. Maceh sepupu yang tag saya kat fb. Saya yang bertudung oren. Eh, silap! Itu sedara sebelah rumah. Saya yang kebiru-biruan itu. Tumpang berdebar menerjah rumah pengantin perempuan. Heee.

Waahh. Suratan atau kebetulan? Ini ialah kawan baik saya masa kecil-kecil dulu. Sangat rapat dengan beliau. Kawan bergosip, kawan main masak-masak dan kawan bercerita tentang cinta monyet. Haha.  Bila dah sekolah dan masuk u masing-masing berjauhan. Jumpa pun tepi jalan sempat senyum tanya khabar sepatah dua.
Dan tiba-tiba malam tadi sepupu saya telah berkahwin dengan akak beliau. Hee.
 
***
Ok. Nak pergi kenduri kampung sebelah pulak.
Babai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...