Para Pengikut..

Saturday 5 February 2011

Gajah Duduk.

Budak laki kalau tak tau gajah duduk sila tukar fesyen pakai kain batik pulak.

Dulu sementara tunggu konvo saya pernah kerja kat mall. Mula-mula department luggage. Bila masuk musim raya Aidilfitri saya ditukarkan ke department barangan muslimin muslimah. Ada telekong, kain pelikat, kain batik, Al-Quran dan sebagainya.

Macam dah jadi kewajipan kan. Bila tanya jurujual 'barang mana yang paling elok?' mesti mereka terus cadangkan barang yang paling mahal. Jadi mahal = elok. Macam saya la jugak. Bila ada customer datang suruh pilihkan yang mana paling elok terus bagi yang paling mahal (sambil otak ligat berfikir selain mahal apa lagi kelebihan barangan tersebut. Haha)

Tapi hari ini istilah mahal = elok macam agak kurang tepat.

Pagi tadi saya menemani kakak ipar ke Pasar Payang. Macam dah jadi kewajipan beliau tiap kali balik kampung mesti menapak ke Pasar Payang beli kaftan, Batik Sutera, Songket dan lain-lain. Jadi misi hari ini membeli sampin untuk pasukan nasyid. Dan misi saya 'mencapai target setiap bulan satu barangan hantaran' (errrr..tapi tarikh tunang belum ditetapkan. Macam mana tu?)

Sebab tak nak bersesak-sesak jadi jam 8.30 kami sudah sampai ke Pasar Payang. Kental tak? Tapi dah banyak kedai bukak. Dan kedai pertama yang mendapat rezeki adalah kedai saya membeli telekong. Suka. Suka. Kain elok, sulam lawa dan ia betul-betul selesa dipakai. Dan pastinya harga berpatutan. Bila saya tanya yang mana elok sambil ambil telekong dengan sticker harga paling mahal, jurujual tersebut cadangkan yang harga sederhana. Jadi saya simpulkan beliau menjual dengan ikhlas dan semoga rezeki mudah masuk.


Seterusnya ke kedai 'Che. Mungkin kakak ipar selalu borong kat kedai tu. Jadi mak cik tu masih ingat beliau. Saya terus tanya pasal kain pelikat. Yang mana sesuai untuk buat hantaran. Mak cik tu  mencadangkan 7000 benang.

Ini kain pelikat 7000 benang.

 Okay. Hari ni saya ingin mengumumkan. Walaupun saya pernah keje bahagian kain pelikat tapi saya tak tahu kain pelikat ada jenis 7000 benang, 5000 benang dan lain-lain. Haha. Ketawakan diri sendiri. Yang 7000 benang lebih mahal dari 5000 benang & of cos lebih berkualiti. Bila saya tanya 10000 benang pulak beliau cakap better beli 7000 benang. Lebih elok katanya.  Jadi tak semua barang mahal = elok. 

Dalam tin itu kain pelikat 5000 benang.

Jadi hari ni dapat pengetahuan baru.

 Babai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...