Para Pengikut..

Thursday 4 November 2010

Hari Rabu yang pelik.

Bukan pelik. Sebenarnya macam-macam perasaan yang tak disukai hati berlaku. Jadi tiba-tiba rasa hari Rabu pelik. Bukan setiap hari Rabu. Tapi Rabu kali ini sahaja.

Pertama bila odw datang ofis jumpa mamat-berkereta-wira-gold yang very da annoying. Erghhhh! Rasanya sepanjang datang ofis hingga Rabu kali ini dialah yang paling annoying. Ok.Ok. Tak perlu marah-marah emo tak bertempat. Mungkin dia terlupa jalan raya bukan dia punya sorang.

Kedua bila tiba lunch hour hanya tinggal  saya berdua dengan Kak Ina makan bersama. Yang lain berpuasa plus alahan plus dua orang kawan kami yang sudah berhenti. Jadi untuk hilangkan rasa gundah gulana  mari makan nasi putih bersama sup daging kerana ia amat sedap hingga boleh habiskan satu mangkuk besar.

Dah kenyang makan nasi teringin mengidam nak makan bingka ubi (kuat betul nafsu makan). Tapi frust tengok bingka ubi tiada. Owhh.. Dan naik ofis dengan perasaan hampa. Sob sob..

Naik ofis pula tiba-tiba je rasa dizzy semacam. (erp..korang letak pape ke dalam sup?) dan mata sangat mengantuk. Tak perlu la sebut mata mengantuk. Dah sah-sah ngantuk kat mata takkan kat kaki pula.. Tersenguk-sengguk sehingga tertido. Maafkan saya puan bos. Bila dah betul-betul terlena rasa ada lembaga hitam sebelah bagi salam. Terus terjaga ok. Dan yang pasti dia bukannya entiti tapi Hekal ofismate saya. Arghhhhhhhhhh. Tidurku terganggu.

Di bilik solat pula berbicara dengan Kak Siti tentang merisik, tunang dan kahwin..(ok. this is really out of topics)

ok. Tu saja..(sebenarnya tiada apa-apa pun hanya kerana mamat annoying sepanjang hari terasa moody. Terima kasih mamat)

p/s: Kadang-kadang warna pakaian memainkan peranan penting untuk cambahkan keriangan dan kegembiraan. Jadi mari pergi ofis dengan memakai warna yang ceria supaya kita happy sepanjang hari. Yeay!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...