Para Pengikut..

Thursday 28 October 2010

Tentang Masa Lampau (Version 1)

Episod : Mengaji (digayakan seperti citer Doremon)

Wah! Mari mengimbau kenangan masa lampau. Ceh! Masa lampau seolah-olah saya hidup pada zaman T-rex pula. Masa kecil saya mengaji Quran di rumah nenek (sebelah ayah). Dan serius beliau merupakan nenek yang paling saya takut kerana garang. Dan rasanya semua cucu takutkan beliau. Tapi walaupun saya takut saya tetap cucu yang rapat dengan beliau kerana kebanyakan sepupu mengaji tempat lain kerana takutkan beliau. Rumah nenek di kampung sebelah dan zaman saya kecil kiri kanan masih bersemak samun harus melepasi kebun getah, kawasan perkuburan dan rimbunan pokok buluh yang asyik berbunyi menyeramkan juga sebuah banglo terbengkalai dalam pagar di tepi sungai (13PL). Grrr..

Dan antara pengalaman masa kecil yang tak boleh dilupakan adalah ketika negara gempar dengan kanak-kanak diculik dibawa ke negara jiran untuk dijadikan peminta sedekah. Tangan atau kaki dipotong, mata dicungkil untuk menambah belas (errr..adakah kalian pernah dengar? atau mungkin ini khabar angin untuk takutkan kanak-kanak nakal seperti saya)

Suatu hari selepas pulang mengaji saya membonceng abang untuk pulang kerumah. Dan dipertengahan jalan kami bertembung dengan sebuah kereta. Pemandu seorang lelaki dan perempuan disebelahnya berpakaian serba hitam. Kereta mereka tiba-tiba u-turn ke arah kami. Kami (saya dan abang) terjun dari basikal dan heret basikal melalui denai kebun seorang pak cik. Saya dibelakang lari tak terpijak bumi. Sangat takut. Tayar basikal terjatuh dalam lubang, sama-sama angkat basikal dan lari tak pijak bumi lagi. Dan akhirnya kami singgah di rumah kawan tok ki sampai rasa selamat baru balik rumah. Dan selepas peristiwa itu saya bertambah takut untuk pergi mengaji. Tambahan pula bila abang sekolah sesi pagi dan saya sesi petang.

Sekian.


Next Version : 'Banglo usang ditepi sungai'

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...